Koleksi ABi
Zikir
“Ketahuilah bahawa kelebihan zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan seumpamanya. Bahkan setiap orang yang beramal taat kepada Allah Ta‘ala, maka dia adalah orang yang berzikir kepada Allah Ta‘ala.”
“Zikrullah: Amalan Tertinggi, Rahsia Kekuatan Jiwa Menuju Allah”
Imam An-Nawawi رحمه الله berkata:
“اعْلَمْ أَنَّ فَضِيلَةَ الذِّكْرِ غَيْرُ مُنْحَصِرَةٍ فِي التَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّكْبِيرِ وَنَحْوِهَا، بَلْ كُلُّ عَامِلٍ لِلَّهِ تَعَالَى بِطَاعَةٍ فَهُوَ ذَاكِرٌ لِلَّهِ تَعَالَى.”
(Al-Adzkar, Imam al-Nawawi)
“Ketahuilah bahawa kelebihan zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan seumpamanya. Bahkan setiap orang yang beramal taat kepada Allah Ta‘ala, maka dia adalah orang yang berzikir kepada Allah Ta‘ala.”
Zikir adalah kesedaran yang menyeluruh – dalam lisan, hati, amal dan fikiran – yang menghubungkan seorang hamba kepada Allah.
Inilah lapan bentuk zikir yang ditunjukkan oleh syariat:
1. Zikir Lisan: Lafaz-lafaz Khusus
Zikir dengan lidah seperti tasbih, tahmid, takbir, tahlil, istighfar, selawat dan sebagainya.
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ:
«أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ».
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3383; Ibn Mājah, no. 3800 – hasan)
“Zikir paling utama ialah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه, dan doa paling utama ialah الْـحَمْدُ لِلَّهِ.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
«كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَـٰنِ: سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ، سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ».
(Riwayat al-Bukhārī, no. 6406)
“Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dan dicintai oleh Ar-Rahman: ‘Subḥānallāh al-‘Aẓīm’ dan ‘Subḥānallāh wa bi-ḥamdih’.”
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.
(Riwayat Muslim, no. 408)
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
2. Zikir Perbuatan: Solat
Solat adalah zikir yang paling utama.
Firman Allah Ta‘ala:
{إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي}
(Ṭāhā: 14)
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
«وَالصَّلَاةُ نُورٌ…»
(Riwayat Muslim, no. 223)
“Solat itu cahaya…”
3. Zikir Bacaan: Tilawah Al-Qur’an
Membaca al-Qur’an adalah zikir yang menyinari jiwa.
Firman Allah:
{إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ}
(al-Ḥijr: 9)
“Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Qur’an), dan Kami benar-benar menjaganya.”
«اقْرَءُوا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ»
(Riwayat Muslim, no. 804)
“Bacalah al-Qur’an, kerana ia akan datang memberi syafa‘at kepada para pembacanya pada hari kiamat.”
«مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ، فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْـحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَ»
(Riwayat al-Tirmizi, no. 2910)
“Sesiapa membaca satu huruf dari al-Qur’an, baginya satu pahala. Dan setiap pahala digandakan sepuluh kali.”
4. Zikir Hati: Doa
Doa adalah bentuk zikir paling agung – tanda kehinaan dan pengharapan hamba.
Firman Allah:
{ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}
(Ghāfir: 60)
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan kamu.”
«الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ»
(Riwayat Abu Dāwūd, no. 1479 – sahih)
“Doa itu adalah ibadah.”
«ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ»
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3479)
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin dengan pengabulan. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.”
5. Zikir Praktikal: Adab Harian
Mengamalkan adab dan sunnah harian juga termasuk dalam zikir.
Zikir doa sebelum makan
«يَا غُلَامُ، سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ»
(Riwayat al-Bukhārī, no. 5376)
“Wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan dari bahagian yang dekat denganmu.”
Zikir doa sebelum tidor
«اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوت»
(Riwayat al-Bukhārī, no. 6311)
“Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati…”
6. Zikir Jama‘i: Majlis Ilmu dan Halaqah Zikir
Zikir bersama dalam majlis ilmu ialah taman-taman syurga di dunia.
«إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا». قَالُوا: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: «حِلَقُ الذِّكْرِ»
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3510 – hasan)
“Jika kamu melalui taman-taman syurga, singgahlah.” Sahabat bertanya: “Apakah taman syurga itu?” Baginda bersabda: “Halaqah zikir.”
«وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ»
(Riwayat Muslim, no. 2699)
“Tidak berkumpul satu kaum di rumah Allah membaca al-Qur’an dan mempelajarinya, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan…”
7. Zikir Amali: Melaksanakan Taat & Menjauhi Maksiat
Semua bentuk amal saleh adalah zikir kepada Allah Ta‘ala.
Firman Allah:
{مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً}
(al-Naḥl: 97)
“Sesiapa yang beramal saleh – lelaki atau perempuan – sedang dia beriman, Kami pasti akan berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
8. Zikir Fikiran: Tafakkur Tentang Ciptaan Allah
Berfikir tentang ciptaan Allah melahirkan makrifat dan khasyah.
Firman Allah:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾
(Āli ‘Imrān: 190–191)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Zikir adalah kehidupan yang penuh sedar, bukan hanya lafaz. Ia meliputi:
- Hati yang berhubung dengan Allah
- Lidah yang basah memuji-Nya
- Amal yang taat
- Fikiran yang tadabbur
Firman Allah:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا}
(al-Aḥzāb: 41)
“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِندَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ، وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ؟ قالوا: بلى. قال: ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى
(Sunan al-Tirmidzi, no. 3377)
“Mahukah kalian aku khabarkan tentang amalan yang paling baik, paling suci di sisi Tuhan kalian, paling tinggi darjatnya, lebih baik daripada menginfakkan emas dan perak, dan lebih baik daripada kalian bertemu musuh lalu kalian memukul tengkuk mereka dan mereka memukul tengkuk kalian?”
Para sahabat menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah!”
Baginda bersabda: “Zikrullah (mengingati Allah Ta‘ala).”
Hadis ini menunjukkan bahawa zikrullah bukan sekadar amalan biasa, tetapi kedudukan tertinggi di sisi Allah Ta‘ala – mengatasi sedekah dan jihad – kerana zikir adalah penghubung langsung antara hamba dan Tuhan dalam setiap masa dan keadaan.
Kenapa zikrullah lebih tinggi kedudukannya dari membunuh musuh dalam peperangan fi sabillillah?
1. Zikrullah bersifat berterusan, jihad bersifat terhad waktu
Zikrullah boleh dilakukan setiap masa dan dalam apa jua keadaan: ketika duduk, berjalan, sakit atau sihat. Perang hanya berlaku pada masa dan tempat tertentu, dan ia tidak sentiasa wajib atas semua orang.
2. Zikir mendekatkan hati kepada Allah tanpa hijab
Ia adalah amalan batin dan ruhani yang menyucikan jiwa, menguatkan iman, menundukkan hawa nafsu, dan memurnikan tawakkal kepada Allah. Zikir adalah ibadah ahli ikhlas dan arifin, sedang jihad mungkin dilakukan oleh mereka yang masih belum ikhlas sepenuhnya.
3. Zikir merupakan penghidupan hati
Kata Imam Ibn Taymiyyah:
“الذِّكرُ للقلبِ كالماءِ للسَّمكِ، فكيف يكونُ حالُ السَّمكِ إذا فُقِدَ الماءُ؟”
“Zikir bagi hati seperti air bagi ikan – maka bagaimana keadaan ikan jika dikeluarkan dari air?”
Hati yang tidak berzikir akan mati — sedangkan jihad tanpa hati yang hidup, boleh menjadi kosong dari makna ubudiyyah.
4. Zikir adalah asas kepada jihad yang benar
Orang yang berjihad tanpa zikir dan hubungan hati dengan Allah mungkin terdorong oleh emosi, politik atau marah. Tetapi orang yang banyak berzikir akan berjihad kerana Allah, bukan kerana dunia atau marah — maka jihadnya diterima.
5. Zikrullah lebih luas kesannya
Ia menyucikan individu, menghidupkan masyarakat dengan cahaya iman, dan menundukkan syaitan. Jihad hanya memberi kesan luaran seperti keselamatan fizikal, tetapi zikir membina keselamatan dalaman jiwa.
Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata:
“الذكر أفضل من الدعاء؛ لأن الذكر ثناء على الله بأسمائه وصفاته، والدعاء طلب الحاجة، وأفضل الذكر لا إله إلا الله.”
“Zikir lebih utama daripada doa kerana ia adalah pujian kepada Allah dengan nama dan sifat-Nya, sedangkan doa adalah permintaan. Dan zikir terbaik ialah La ilaha illa Allah.”
(Al-Wabil al-Sayyib)
Zikrullah adalah intipati ubudiyyah, pembersih hati, dan bekalan ruhani yang paling agung. Ia menjadi punca kekuatan dalam jihad, penyelamat ketika sunyi, penenang ketika gundah, dan tanda cinta sebenar kepada Allah Ta‘ala.
Justeru, orang yang benar-benar ahli zikrullah adalah mereka yang paling kuat dalam jihad melawan hawa nafsu, syaitan, dan musuh zahir — kerana mereka berperang dengan hati yang hidup. Jadikanlah zikir sebagai cara hidup: pada tutur kata, amal harian, ibadah, adab dan fikiran. Zikir bukan hanya bacaan – ia adalah jiwa yang hidup bersama Allah ta’ala.
ABi