Koleksi ABi
Transkrip Kuliah ABi — 7 Julai 2026
Baca transkrip penuh pengajian kitab bersama ABi.
TRANSKRIP KULIAH KITAB ABI 7 JULAI 2026
8 MALAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Al-Fatihah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Bismillah, alhamdulillah, wassalatu wassalamu ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi waman walah.
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم
حسبنا الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Amma ba'du.
Sampai mana minggu lepas? Abi tak ingatlah.
Ya, malam ni kita kitab Penawar Bagi Hati sebab tak bawa Kitabul Musalli ya. Habis sekarang kat kampung Johor tak bawa kitab. Yang ada kitab PDF ni.
Ada siapa ingat tak sampai mana kitab kita minggu lepas? Siapa yang ingat boleh tulis dekat chat.
Okey...
Hmm... Tak ada yang ingat eh?
Minggu lepas kita sampai mana?
Okeylah, tak apalah. Kita mula daripada apa yang kita ingat. Tak ada yang ingat, tak yang catit eh.
Baik, kita mula daripada sinilah.
Musanif rahimahullahu ta'ala...
Syakir ada?
Syakir: Ada.
Abi: Minggu lepas kita sembahyang mana?
Syakir: Tak ingat.
Abi: Habis tak ingat. Sebab hari ni habis kat Johor ni, kat kampung tak bawa kitab.
Syakir: Penawar Bagi Hati.
Abi: Oh, Penawar Bagi Hati.
Syakir: Awal dekat... lepas dua ayat al-Quran tu.
Abi: Lepas ayat tu?
Syakir: Di mana... perenggan yang tu. Cuma saya tak tanda dekat mana baris.
Abi: Yang ni?
Syakir: Berhenti... yang sebelum istidraj. "Maka sayugia bagi yang berakal bahawa adalah wujubnya..."
Abi: Okey... okey... okey.
Syakir: Saya tanda perenggan ni je.
Abi: Okey. Kita mula nilah. Kita ulang kaji sikit. Mula balik.
Maka sayugia nilah...
(Hadirin ketawa.)
Okey.
Musanif rahimahullahu ta'ala...
Bahagian seterusnya akan bermula daripada:
"Dan firmannya, firman Allah Taala: وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ..."
iaitu permulaan syarah ayat Surah al-Insan ayat 30.
Dan firmannya, firman Allah Taala:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ﴾
(Surah al-Insan: 30)
Ertinya: "Dan tiada mengkehendaki oleh kamu akan sesuatu melainkan bahawa mengkehendaki akan dia oleh Allah Taala."
Baik, ayat ni menunjukkan bahawa kita boleh... kita boleh mengkehendaki. Contoh kita nak makan, kita nak minum, kita nak pergi mana-mana. Okey, itu pilihan kitalah. Kita boleh memilih nak ataupun tak nak.
Tapi apa yang akan berlaku ialah apa yang Allah Taala kehendaki. Itulah yang dikatakan إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ. Maknanya, bilamana sesuatu itu berlaku, ianya berlaku dengan kehendak Allah. Sama ada kehendak Allah itu muafakat dengan apa yang kita nak ataupun tidak, itu Allah Taala punya sukalah. Sebab Dia Tuhan. Dia yang menentukan.
Kita boleh memilih, tapi bukanlah pilihan kita yang akan berlaku.
Sebab itulah kalau kita faham ayat ni, maka kita sebagai orang yang ada iman akan redalah dengan ketentuan Allah. Walaupun ada masanya apa yang kita nak itu tak dapat, tapi kita tahu apa yang Allah Taala kehendaki itu ada hikmah tersendiri.
Ha, itu dia.
Dan kalaulah berlaku apa-apa yang ikut kehendak kita, katakanlah kita nak untung, meniaga dapat untung. Kita nak naik pangkat, dapat naik pangkat. Kita nak duit, dapat duit.
Maka bukanlah bermakna kehendak kita itu yang dominan sehingga Allah Taala ikut kehendak kita. Bukan.
Ha, itu kena faham.
Maknanya apabila apa yang kita nak itu dapat, maka wajiblah atas kita bersyukur. Kerana itulah yang Allah Taala nak beri pada kita.
Dan tidak sayugianya bilamana apa yang kita nak itu muafakat dengan apa yang Allah Taala kehendaki, bukanlah bermakna kita kena rasa takjub, rasa hebat dengan diri kita. Kerana kita yakin bahawa yang berkehendak di situ ialah Allah Subhanahu wa Taala.
Ha, ini caranya untuk kita nak mengubat penyakit ujub dalam hati ni.
Kita kan masih dalam membicarakan tentang penyakit ujub. Bangga diri, melihat diri, memandang hebat pada diri.
Jadi maknanya kalaulah apa yang kita nak itu berlaku, maka tak sayuginyalah kita bangga dengan diri kita. Sebab hakikatnya Allah Taala yang mengkehendakinya.
Eh, baik.
Maka sayugialah bagi yang berakal, yang sempurna akalnya, yang gunakan akal dia, yang boleh memahami petunjuk, bahawa adalah ujub seseorang itu selama-lama dengan limpah kurnia Allah Taala dan kemurahan-Nya.
Maknanya ujub kita itu sepatutnya pada Allah, bukannya pada diri sendiri. Sebab apa yang kita dapat itu adalah limpah kurnia Allah Taala.
Kita kat dunia ni, apa yang kita dapat ni ialah limpah kurnia dan kemurahan Allah Taala.
Contohlah katakanlah kita sembahyang, kita puasa, kita berzakat, kita bersedekah, baca al-Quran dan sebagainya.
Balasan-balasan amalan itu Allah Taala sediakan di akhirat, bukan di dunia. Pahala-pahala itu di akhirat.
Habis kat dunia ni kita dapat apa?
Kat dunia ni kita dapat limpahan kurnia Allah yang berupa keberkatanlah.
Ha, itu yang Allah Taala beri. Macam-macam keberkatan. Kita buat benda yang kecil-kecil, tapi Allah Taala limpahkan keberkatan yang banyak.
Keberkatan ni maknanya kebaikan yang banyak.
Jadi selama-lamanya ujub itu adalah dengan limpah kurnia Allah Taala dan kemurahan-Nya, kerana mengurniakan Allah bagi seseorang itu akan ilmu dan akal serta memberi petunjuk baginya kepada ibadah.
Maknanya apa yang kita dapat, ilmu yang kita dapat, kefahaman yang kita dapat, petunjuk yang kita dapat, itu semua merupakan kurniaan Allah sehingga kita dapat beribadah.
Kita dapat melakukan amal-amal yang baik. Semuanya adalah dorongan daripada Allah, kurniaan daripada Allah, dengan tiada ada terdahulu baginya sebab, usaha dan ikhtiar.
Maknanya apa yang kita dapat yang berupa petunjuk daripada Allah, yang berupa kurniaan Allah Taala ini, ada masanya memang tak ada sebab pun. Tak ada sebab, tak ada usaha dan tak ada ikhtiar.
Ikhtiar ni maknanya pilihan kita.
Sebab Allah Taala ni bila Dia nak beri, maka Dia akan beri.
Sebab itulah kita lihat dalam al-Quran, Allah Taala banyak menyebut bahawa Dia boleh menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan Dia boleh memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.
Maknanya itu hak mutlak Allah. Hak mutlak Allah. Dia boleh beri petunjuk kepada siapa yang Dia nak dan Dia boleh sesatkan siapa yang Dia nak.
Ha, itu sebab Dia Allah, walaupun tak ada sebab.
Jadi maknanya sebab itulah kita tak boleh memandang sesuatu kebaikan itu datang daripada diri kita. Sebab apa yang ada pada diri kita ini pun semuanya daripada Allah.
Baik.
Begitulah juga Allah Taala menegah akan setengah manusia daripada ilmu, akal dan petunjuk dengan semata-mata keadilan-Nya.
Ada juga yang Allah Taala tak beri ilmu, tak beri kesempurnaan akal dan juga petunjuk dengan sebab keadilan-Nya.
Contohnya manusia yang menolak, yang aba wastakbara, ikut perangai Iblis.
Walaupun kita tengok Abu Lahab dan Abu Jahal, Nabi ﷺ itu di sisi Abu Lahab ialah anak saudara dia yang sangat dikasihi pada asalnya. Duduk berjiran dengan dia. Selalu dengar Nabi baca al-Quran.
Tapi oleh kerana kedegilan dia, kesombongan dia, dia menolak, maka Allah Taala adillah bagi Allah untuk tidak memberi dia petunjuk.
Dan hendaklah takut.
Walaupun kita dapat kelebihan yang macam-macam, kita dapat kurniaan yang macam-macam, kita kena ada rasa takut.
Takut apa?
Takut Allah Taala mencabut segala nikmat yang tersebut daripada kita.
Anytime Allah Taala nak cabut ilmu, nak cabut kesempurnaan akal, nak cabut petunjuk daripada seseorang itu, bila-bila masa sahaja boleh berlaku.
Jadi kita ni pun kena ada rasa takut benda itu.
Walaupun kita dah ikut kuliah, kita dah sembahyang, kita dah solat berjemaah, kita dah bersedekah, kita dah macam-macam, kita kena ada rasa takut juga.
Allah Taala ni مُقَلِّبُ الْقُلُوبِ. Allah Taala yang membolak-balikkan hati manusia.
Itulah yang pertama Allah Taala suruh kita baca dalam sembahyang.
Dalam sembahyang, Allah suruh kita baca:
﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ﴾
Tiap-tiap kali sembahyang, tiap-tiap rakaat kita wajib baca اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ.
Doa yang minta petunjuk, walaupun kita sudah berada di atas jalan yang lurus.
Kenapa?
Sebab kita nak minta supaya kita dapat berkekalan di atas jalan petunjuk itu.
Sebab kita tak tahu. Sekarang ni sampai malam ni mungkinlah kita dapat petunjuk.
Esok lusa kita tak tahu.
Bahkan esok lusa pun kita tak tahu apa yang berlaku.
Mungkin esok lusa macam-macam perkara boleh berlaku yang mencabar ataupun menyebabkan kita berpaling.
Kita tak tahu.
Sebab itulah kita minta:
﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ﴾
Sebab itulah kita diajar supaya banyak baca doa-doa.
Contohnya:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Inilah antara doa yang paling kerap Nabi ﷺ baca selepas doa:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً
Doa يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ini antara doa yang Nabi paling kerap baca.
Padahal Nabi itu kekasih Allah, tetapi Baginda tetap banyak membaca doa itu.
Kerana apa?
Sebab walaupun kita ni sudah berada pada jalan petunjuk, sudah berada pada jalan Islam, kita nak minta Allah Taala kukuhkan dan kekalkan kita sampailah kita mati.
Contoh doa lagi:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami, jangan Kau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kepada kami daripada sisi-Mu rahmat kasih sayang-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi."
Jadi maknanya semuanya ini menandakan kita sebagai hamba.
Hamba yang dalam jiwanya ada rasa bimbang juga.
Ada rasa takut.
Takut-takut Allah Taala tarik balik hidayah kita ini.
Tambah pula kalau kita ni kadang-kadang masih ada perangai-perangai jahat, perangai-perangai jahiliah yang masih ada dalam jiwa kita.
Belum benar-benar kita bertaubat kepada Allah.
Belum benar-benar kita bersyukur.
Kita bertaubat. Kita menyesal.
Kadang-kadang kesan-kesan dosa beginilah yang menyebabkan kita rasa terkenang-kenang, seronok nak buat dosa balik.
Dosa-dosa yang pernah kita buat.
Dan bimbang-bimbang itulah yang menyebabkan kita berpaling daripada jalan.
Tambah kalau kita sendiri nak berpaling daripada jalan kebenaran.
Baik.
Jadi hendaklah takut akan Allah Taala mencabut segala nikmat yang tersebut daripada kita.
Kena ada rasa khauf.
Inilah namanya khauf.
Khauf dan raja' ini kena sentiasa ada.
Khauf maknanya rasa bimbang.
Bimbang antaranya takut Allah Taala cabut balik hidayah.
Takut Allah Taala tak terima amalan kita.
Takut Allah Taala tak terima taubat kita.
Itu perasaan khauf yang kena ada.
Walau bagaimanapun, kena ada perasaan raja'.
Raja' maknanya mengharapkan sungguh-sungguh kepada Allah supaya menerima amalan kita, menerima taubat kita dan mengekalkan petunjuk kita di atas jalan petunjuk.
Dua-dua ini kena ada seiring.
Dan juga boleh jadi bahawa ada pemberian itu.
Allah Taala ni bila Dia beri pemberian, macam-macam kurniaan ni, Dia banyak jalan.
Ada Allah Taala beri pemberian kat dunia lagi, macam-macam Allah Taala beri pada seseorang itu atas jalan ujian.
Contohnya Allah Taala beri kekayaan pada seseorang.
Kita orang Melayu biasa bila jadi kaya ni merasakan itulah keberkatan. Merasakan itulah seolah-olah harta kita berkat.
Belum tentu lagi.
Bila kita kaya, kalaulah kekayaan itu mendekatkan kita pada Allah, itu memang ada keberkatan.
Tapi kalau kekayaan kita menjauhkan kita daripada Allah, makin kaya makin tak sembahyang, makin kaya makin tak bersedekah, makin kaya makin jauh daripada masjid, makin kaya makin malas berzikir, berwirid dan baca al-Quran, maka itu tak ada keberkatan. Itu namanya Allah Taala uji kita.
Tetapi kalaulah kekayaan itu mendekatkan kita kepada Allah, makin dekat dengan masjid, makin dekat dengan sembahyang, makin dekat dengan solat berjemaah, makin dekat dengan sedekah, maka itu tanda keberkatan.
Dan nikmat begitu, seseorang itu akan mensyukurinya.
Ha, itu jalan ujian.
Ada juga Allah Taala kurniakan kita macam-macam kepada manusia atas jalan istidraj.
Dan boleh jadi bahawa pemberian itu istidraj atasnya.
Apa makna istidraj?
Istidraj ni maknanya satu keadaan di mana Allah Taala berikan seseorang macam-macam nikmat, macam-macam kekayaan, macam-macam kurniaan, macam-macam harta benda, macam-macam kuasa dan macam-macam jawatan.
Orang kata bertompok-tompok.
Bertompok-tompok tu namanya istidraj.
Bukan untuk Allah Taala nak dekatkan orang itu kepada-Nya, tetapi orang itu akan makin jauh daripada Allah Taala.
Allah Taala yang nak benda itu.
Sebab apa?
Contohnya dia kufur pada nikmat, tak bersyukur pada nikmat, angkuh, sombong dan sebagainya.
Maka Allah Taala beri dia harta lagi.
Dia sombong, tak apa. Beri harta lagi.
Dia kufur nikmat, Allah Taala beri lagi.
Dan akhirnya dia makin jauh daripada Allah.
Wal'iyazu billah.
Maknanya dia semakin yakin dengan jalan dia itu, walaupun dia tak sembahyang, walaupun dia tak beribadah dan sebagainya.
Dia rasa sombong dengan apa yang dia dapat.
Dan akhirnya dia mati dalam keadaan begitu, tak bertaubat.
Maka kemuncak istidraj ialah Allah Taala tangguhkan azab dia.
Balasan azab bagi dia bukan di dunia tetapi di akhirat.
Di akhirat Allah Taala kumpulkan balasan untuk dia.
Maka dia mati dalam keadaan tak bertaubat.
Maka dia mati dalam keadaan maksiat.
Contohnya dia tenggelam dengan harta kekayaan dia.
Ha, itu dikatakan istidraj.
Bahaya istidraj ni.
Takut-takut jangan sampai kena pada kitalah.
Sebab itulah kita ni, apa saja yang Allah Taala beri, dalam hati kita kena ingat itu Allah Taala yang beri.
Wajib bersyukur.
Dalam hati kita akui, lidah kita memuji-muji Allah dan amalan kita menunjukkan kita makin dekat dengan Allah.
Baik.
Istidraj ni sepertimana firman Allah Taala:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ ۖ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً﴾
Ertinya, membuka oleh Allah Taala atas mereka itu, mereka itu maknanya golongan yang Allah Taala istidrajkan. Yang kufur nikmat, yang kufur kepada Allah, yang ingkar pada ibadah, yang tenggelam dengan dosa, maksiat dan sebagainya.
Allah buka atas mereka bermacam-macam nikmat atas jalan istidraj.
أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ
Pintu-pintu segala sesuatu.
Maknanya makin kaya, makin tenggelam dengan harta, makin seronok dengan hiburan dan kemaksiatan.
Allah buka lagi.
Tetapi atas jalan istidraj.
Hingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan, mereka rasa mereka berada pada jalan yang betul.
Sebab apa?
Tak sembahyang pun dapat kaya.
Tak sembahyang pun untung besar berniaga.
Tak sembahyang pun macam-macam kekayaan dia dapat.
Maka apabila sukacita mereka dengan segala nikmat yang diberikan itu, Allah Taala juga yang beri sebenarnya, tetapi melalui jalan istidraj tadi.
Kemudian Allah Taala menyeksa mereka dengan secara mengejut.
Contohnya dikenakan malapetaka, dikenakan dengan macam-macam yang membinasakan mereka.
Contohnya apa yang berlaku kepada umat-umat terdahulu seperti kaum Madyan, kaum Lut, kaum Firaun, Namrud dan sebagainya.
Maknanya mereka dihancurkan oleh Allah dalam keadaan بَغْتَةً, iaitu secara mengejut.
Wal'iyazu billah.
Sebab itulah ada juga orang yang tak kena azab seperti ini, tetapi Allah Taala matikan dia.
Mati dalam keadaan mengejut.
Ini pun bahaya juga.
Ramai orang mati mengejut.
Mati kemalangan.
Mati tengah berjoging.
Mati naik basikal.
Mati tengah bermain badminton.
Mati tengah menyanyi atas pentas.
Macam-macam.
Kalau mati dalam sembahyang tak apa.
Mati dalam masjid okeylah.
Mati tengah belajar ilmu tak apa.
Tetapi mati dalam keadaan tak sempat bertaubat.
Wal'iyazu billah.
Ini istidraj berlaku di dunia, tetapi balasan sebenarnya di akhirat.
Wal'iyazu billah.
Dan firmannya lagi, firman Allah Taala:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ﴾
Ertinya, "Selagi Kami, yakni Allah, ambil mereka itu sedikit demi sedikit."
Perkataan istidraj menunjukkan Allah Taala melakukan perkara ini sedikit demi sedikit.
Contohnya Allah Taala beri dia kekayaan demi kekayaan. Kekayaan demi kekayaan. Makin kaya, makin kaya, makin raya, makin raya, sehingga dia lupa. Sehingga orang itu leka.
Kemudian tiba-tiba Allah Taala ambil nyawa mereka.
Wal'iyazu billah.
Jadi, Kami ambil mereka itu sedikit demi sedikit daripada pihak yang mereka tidak mengetahui.
Wal'iyazu billah.
Baik.
Makna istidraj itu menghampirkan kepada seksa Allah Taala dengan diberi tangguh sedikit demi sedikit.
Penangguhan itu berlaku di dunia ketika hidup.
Sebab itulah sebenarnya penangguhan seksa itu pun satu ujian untuk kita.
Ramai orang menyangka apabila dia tak sembahyang, contohnya, tak ada apa-apa pun berlaku, maka itu menyebabkan dia terus tenggelam dengan dosa itu.
Ramai orang bila buat dosa maksiat, berzina, minum arak, rasuah dan sebagainya, dia kata, "Tak ada apa-apa pun berlaku."
Sebab Allah Taala menangguhkan azab dan menangguhkan balasan itu ke akhirat.
Maka itulah yang menyebabkan ramai manusia semakin tenggelam, semakin leka dan sebagainya.
Sebenarnya Allah Taala dengan rahmat kasih sayang-Nya, penangguhan azab ini juga ada rahmat.
Rahmat supaya kita sedar diri, gunakan akal, bertaubat, kembali kepada Allah, memperbaiki amalan dan sebagainya.
Maknanya kalau kita dapat jadi begitu, untunglah.
Beruntunglah orang yang ketika hidupnya, walaupun kadang-kadang tenggelam dengan dosa dan maksiat, tetapi dengan akalnya dia dapat memahami dan dapat menyedarkan dirinya.
Dia kembali kepada pangkal jalan.
Maka beruntunglah orang yang dapat bertaubat sebelum dia mati.
Tak tahulah.
Taubat ini kena dibuat ketika hidup dan tak boleh ditangguh-tangguh.
Tetapi itulah. Penangguhan azab tadi menyebabkan ramai orang gagal dalam ujian.
Maknanya dia menangguhkan taubat.
Wal'iyazu billah.
Jadi makna istidraj itu menghampirkan kepada seksa Allah Taala dengan diberi tangguh sedikit demi sedikit.
Seperti mereka yang hendak menangkap ayam.
Ha, ini dia ibaratnya.
Dia punya analogi.
Macam kita di kampunglah dulu-dulu.
Sekarang mungkin tak.
Sekarang nak makan ayam pergi kedai saja.
Dulu kalau nak makan ayam, zaman abi kecil-kecil dulu, atuk suruh kejar ayamlah.
Nak kejar ayam tak boleh main serbu.
Dia kena pandai pujuk.
Contohnya campak bertih, campak beras ataupun campak padi.
Kemudian ayam itu datang dekat-dekat.
Campak lagi.
Makin dekat, campak lagi.
Lebih dekat, maka tangkap terus dekat leher dia ataupun dekat kepak dia.
Barulah dapat tangkap ayam.
Maka begitulah juga istidraj.
Bilamana manusia itu sombong, angkuh, ingkar dan sebagainya, tak nak sedar diri juga, maka Allah Taala beri macam-macam nikmat.
Supaya akhirnya dia mati dalam keadaan tidak beriman.
Wal'iyazu billah.
Tetapi itulah pemberian yang Allah Taala beri dalam bentuk istidraj.
Wallahu a'lam.
Permulaan Bab Ke-10
Bab yang ke-10 pada menyatakan riak.
Dah habis ujub.
Ujub dalam hati.
Iaitu sifat yang menyebabkan seseorang memandang dirinya.
Memandang hebat dirinya.
Dia rasa dia pandai kerana dia rasa dia pandai.
Dia rasa dia baik kerana dia rasa dia baik.
Dia tak sandarkan pandai dan baik itu kepada Allah.
Ha, maka jadilah ujub.
Baik.
Masuk bab yang ke-10 ini, iaitu pada menyatakan riak.
Ini yang ke-10 daripada 10 sifat tercela.
Dalam kitab ini membicarakan 10 sifat tercela dalam kitab yang kedua yang wajib kita belajar.
Sepuluh sifat ini wajib kita tinggalkan.
Ilmu ini, adakalanya kita beramal dengan melaksanakan apa yang dipelajari.
Tetapi ada juga ilmu yang apabila kita belajar, cara beramal dengannya ialah dengan meninggalkan apa yang dipelajari itu.
Contohnya kita belajar bab ujub tadi.
Bukanlah untuk kita amalkan sehingga jadi ujub dalam hati.
Tetapi kita kena berusaha membersihkan hati kita daripada ujub.
Itulah cara beramal dengannya.
Ketahui olehmu, hai talib, hai penuntut-penuntut ilmu.
Kena tahu dah. Kena belajar dah. Kena belajar, kena faham.
Sebab itulah kita tak boleh berhenti belajar.
Bahawasanya riak itu menuntut pangkat, menuntut kedudukan di dalam hati manusia.
Dalam skrin ni dia tulis "pingkat", bukan "peringkat", tetapi "pangkat". Sebab itulah kitab-kitab Jawi ni kena belajar. Bukan main baca sendiri. Kalau orang main baca sendiri, banyak salah.
Jadi, riak itu menuntut pangkat, menuntut kedudukan di dalam hati manusia.
Maknanya kita nak, contohnya, dalam hati seseorang itu kita ada tempat yang tinggi pada dia sehingga bila tempat itu tinggi dalam hati dia, dia akan memuji kita.
Ha, itulah dikatakan menuntut pangkat dalam hati manusia.
Maknanya, mudah fahamnya, menuntut pujian manusialah.
Menuntut pujian manusia dalam hati manusia sehingga menyebabkan pada lidah manusia akan memuji-muji kita.
Bahkan bukan sekadar memuji, kadang-kadang memuja.
Wal'iyazu billah.
Tetapi pangkat dalam hati itu kita dapat daripada mana?
Dengan ibadah.
Ha, itu dia.
Dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan.
Tengok pada perkataan itu.
Dengan ibadah dan juga dengan pekerjaan kebajikan.
Bukannya dari segi dunia.
Bukan dari segi pangkat dunia dan sebagainya.
Dalam bab dunia itu bukan riak.
Kita berhenti sekejap.
Ada azan dekat masjid.
(Allahu Akbar... laungan azan)
لا حول ولا قوة إلا بالله
Baik.
Jadi, riak ni berkaitan dengan ibadah dan juga pekerjaan-pekerjaan ketaatan, pekerjaan kebajikan.
Contohlah katakan anak kita lulus peperiksaan.
Jadi kita pun beritahulah dekat saudara-mara, "Anak saya SPM dapat semua A."
Tidaklah orang kata itu riak.
Orang Melayu selalu kata riak.
Tetapi dari segi hukum, soal dunia ini bukan riak.
Walaupun bukan riak, dia ada satu lagi penyakit yang kita dah bincang dulu.
Apa dia?
Sombong dan takabur.
Takut menimbulkan takabur dan membesarkan diri.
Ha, itu dah masuk bab lain.
Ini yang kita nak faham.
Jadi riak ini berkaitan dengan ibadah.
Contoh sembahyang.
Orang riak dalam al-Quran disebut:
﴿فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ﴾
"Celakalah orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai terhadap sembahyang mereka dan mereka yang berbuat riak."
Maknanya menunjuk-nunjuk kepada orang.
Sembahyang dia itu ditunjuk-tunjuk kepada orang.
Bila ada orang, dia sembahyang.
Bila tak ada orang, dia tak sembahyang.
Maka orang ini sembahyang kerana riak.
Kerana nak tunjuk pada orang supaya orang memuji dia.
Itulah yang boleh jadi riak.
Contoh lagi.
Katakan kita beri sedekah kepada orang.
Bila depan orang kita sedekah RM100, RM200 dan sebagainya.
Tetapi bila tak ada orang, orang yang sama minta juga kepada kita, kita tak sedekah.
Sebab apa?
Sebab tak ada orang nampak.
Bila tak ada orang nampak, kita tak bersedekah.
Bila orang nampak, kita bersedekah.
Makna sedekah kita itu nak menunjuk pada orang supaya orang kata, "Dia ni pemurah."
Maka itulah dinamakan riak.
Begitu juga pekerjaan-pekerjaan kebajikan yang bersifat ketaatan boleh jatuh kepada riak.
Di antara tanda riak ialah dia suka dipuji.
Dia suka dipuji dengan ibadah dia, dengan pekerjaan dia dan sebagainya.
Pekerjaan ketaatanlah.
Dalam masa yang sama juga dia tak suka kalau dicela.
Contohnya kalau dia tak sembahyang.
Orang kata, "Dah tua, dah pencen, kalau tak sembahyang macam mana?"
Maka dia pun pergilah masjid, pergilah surau.
Dia nak tunjukkan dia sembahyang.
Di situ ada riak.
Wal'iyazu billah.
Sebab itulah antara golongan yang mula-mula masuk neraka ialah orang yang berilmu, orang yang banyak bersedekah dan juga orang yang mati syahid.
Ada hadisnya. Hadis yang sahih.
Puncanya apa?
Puncanya kerana ketika di dunia, apa yang mereka buat semata-mata nakkan kedudukan, semata-mata nakkan pujian manusia ataupun nakkan harta benda.
Maka Allah Taala campakkan dia ke dalam neraka.
Wal'iyazu billah.
Begitu juga dengan orang yang banyak bersedekah.
Dermawan pada mata manusia.
Rupa-rupanya dia dermawan untuk nak dapat gelaran dermawan.
Termasuk juga orang yang mati syahid.
Dia mati syahid kerana berperang fi sabilillah semata-mata nak tunjuk dia hero, dia wira.
Maka Allah Taala campakkan dia ke dalam neraka.
Jadi riak ini membinasakan amalan.
Membinasakan pahala amalan.
Wal'iyazu billah.
Sebab ia merosakkan keikhlasan.
Kita beribadah, kita buat benda taat, sepatutnya kerana Allah.
Kita nak Allah Taala terima amalan kita.
Allah Taala beri pahala.
Allah Taala balas amalan kita di akhirat.
Tiba-tiba kita beramal, beribadah dan buat benda baik kerana yang lain.
Kerana manusia.
Ada orang sembahyang.
Kenapa sembahyang?
Takut bini.
Ada juga orang sembahyang sebab takut bini.
Kenapa pergi kuliah masjid?
Takut bini.
Takut bini ceramah dekat rumah.
Itu pun sama.
Tandanya bila tak ada orang dia tak sembahyang.
Tak ada orang dia tak beramal.
Dan dia takut kalau orang cela dia kerana tak beramal.
Itu antara tanda-tanda orang yang riak.
Baik.
Itu satu takrif yang pengarang kita sebut.
Menuntut pangkat dalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan.
Ini takrif.
Pendekatan manhaj kitab ini, metodologi kitab ini, biasanya dia akan takrifkan dahulu.
Kemudian kita akan berbahas berdasarkan takrif itu.
Atau takrif riak yang kedua ialah:
Mengkehendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat dunia seperti harta dan puji.
Manfaat dunia ini biasanya harta.
Orang beri harta.
Contohnya dia sembahyang sebab nak kaya.
Dengan ceramah motivasi kononnya nak kaya kena sembahyang.
Maka dia pun sembahyang kerana nak kaya.
Nak harta.
Bila sembahyang tetapi tak dapat kekayaan dan tak dapat harta, akhirnya dia tinggalkan sembahyang pula.
Dia kata, "Susahlah. Sembahyang pun tak kaya."
Itu tanda ibadah dia kerana nakkan kekayaan ataupun pujian manusia.
Wal'iyazu billah.
Jadi inilah takrif riak yang mesti kita fahami.
Kerana benda ini mungkin ada pada diri kita sendiri.
Riak, ujub dan sebagainya mungkin ada pada diri kita.
Tetapi kita takkan tahu kalau kita tak belajar.
Maka ada juga orang kata, "Eh, susahlah bila belajar ni. Buat tu jadi ujub, buat ni jadi riak. Lebih baik tak tahu."
Kalau dia kata begitu, itu syaitan.
Maknanya dia dah kalah dengan syaitan.
Itu bisikan syaitan.
Wal'iyazu billah.
Bila datang bisikan supaya tak payah belajar, susahlah dan sebagainya, semua itu bisikan syaitan yang dah tertanam ke dalam dada manusia.
Itulah waswas syaitan.
﴿الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴾
Kalau kita ada bisikan begitu, mintalah perlindungan daripada Allah Taala.
Dan bahawasanya riak itu kelakuan yang dicela.
Maknanya dicela oleh syarak.
Apa makna dicela syarak?
Maknanya sumber syarak, iaitu al-Quran dan sunnah, mencela riak.
Dalam al-Quran ada celaan terhadap riak.
Dalam sunnah Nabi ﷺ pun ada celaan terhadap riak.
Apabila ada celaan, maka para ulama dengan ijmak mengatakan hukumnya haram.
Haram.
Kena tinggalkan.
Kalau kita sembahyang tetapi tidak meninggalkan riak, maka tidak sempurna ketakwaan kita.
Sebab takwa itu ialah melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Yang dilarang kena tinggal.
Dan dinamakan akan dia syirik yang kecil.
Syirik yang kecil, maknanya syirik tetapi syirik asghar ataupun syirik khafi.
Syirik ada dua.
Satu, syirik yang mengeluarkan seseorang daripada agama.
Batal akidah.
Batal syahadah.
Itu syirik akbar.
Sembah patung, sembah batu, sembah manusia dan sebagainya.
Itu syirik akbar.
Keluar agama.
Kalau dia nak bertaubat, kena mengucap syahadah semula.
Syirik yang kecil ataupun syirik khafi, syirik asghar ini ialah syirik yang tidak membatalkan agama, tidak membatalkan akidah dan tidak merosakkan iman.
Tetapi dia membatalkan pahala amalan.
Itulah yang dikatakan syirik kecil.
Berfirman oleh Allah Taala:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ﴾
Ertinya:
"Maka bermula ويل ialah lembah yang di dalam api neraka Jahanam itu bagi sekalian yang sembahyang."
Yang lalai.
Dia sembahyang, tetapi yang lalai.
Yang lalai oleh mereka itu daripada sembahyang mereka sehingga mengeluarkan sembahyang itu daripada waktunya.
Maknanya bukan lalai dalam sembahyang kerana ingat bola, ingat makan, ingat minum, ingat kerja pejabat ataupun ingat kerja rumah yang tak selesai.
Itu cuma leka dalam sembahyang.
Yang dimaksudkan dengan:
﴿عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ﴾
ialah mereka yang lalai sehingga sembahyang di luar waktu.
Qada.
Contohnya sengaja meninggalkan sembahyang sehingga keluar waktunya.
Itulah yang dimaksudkan dengan:
﴿الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ﴾
Orang begini ialah orang yang sembahyang juga.
Tetapi jenis sembahyang yang mendapat فَوَيْلٌ tadi.
Tentang perkataan ويل, ada dua tafsiran ulama.
Ada ulama mentafsirkan ويل sebagai satu lembah di dalam neraka Jahanam.
Ada juga yang mengatakan ويل bermaksud celaka, iaitu jauh daripada rahmat Allah.
Itu tafsiran para ulama.
Dan satu lagi golongan orang sembahyang yang celaka ialah:
﴿الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ﴾
Iaitu mereka yang riak pada sembahyang dan pada amalan yang lain.
Dia sembahyang, tetapi riak.
Dia nak orang puji dia.
Dia nak orang sanjung dia.
"Bagus dia ni."
"Pemimpin hebat. Sembahyang."
Tetapi bila di rumah, dia tak sembahyang.
Bila di depan orang, musim pilihan raya contohnya, dia sembahyang.
Ha, itu maknanya orang yang riak.
Orang begini termasuk dalam firman Allah:
﴿فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ﴾
Celakalah bagi orang yang sembahyang seperti ini.
Sebab itulah ayat ini tak boleh baca:
﴿فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ﴾
Lepas itu berhenti.
Tak boleh berhenti.
Pergi minum, pergi makan, hilang begitu saja.
Tak boleh.
Nanti berubah makna.
Kalau orang dengar setakat:
﴿فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ﴾
Orang pun tanya ChatGPT.
"Apakah makna فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ?"
Kalau jawab, "Celakalah orang yang sembahyang."
Wah...
Orang pun kata, "Baik tak sembahyang."
"Sembahyang pun celaka."
"Sembahyang pun masuk neraka."
Kalau orang yang sembahyang pun celaka kerana riak dan kerana meninggalkan sembahyang, apatah lagi orang yang langsung tak sembahyang.
Lagilah besar celakanya.
Orang Melaka kata, "Kalau tak sembahyang, lagi besarlah celakanya."
Wal'iyazu billah.
Dan sabda Nabi ﷺ...
Wallahu a'lam.
Insya-Allah kita akan sambung pada kuliah yang akan datang.
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Kalau ada soalan, silakan.
Jemaah: Minggu lepas Abi tak forward link rakaman rupanya.
Abi: Lupa.
Jemaah: Tak ada.
Abi: Tak perasan. Tak ada eh?
Jemaah: Ha... terlupa.
Abi: Oh... dah tua.
Jemaah: Mana ada. Masih muda.
Abi: Tua.
Jemaah: Mana muda?
Abi: Lebih baik sedar tua daripada asyik ingat muda aje.
Okey, jumpa lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
اللهم ارحمنا بالقرآن، واجعله لنا إمامًا ونورًا وهدًى ورحمة.
اللهم أرنا الحق حقًا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلًا وارزقنا اجتنابه.
اللهم زِدْنا علمًا وارزقنا فهمًا.
وصلى الله على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه وسلم.
والحمد لله رب العالمين.
Jemaah: Insya-Allah.
Jemaah: Habis sebulan duduk kampung?
Abi: Duduk Johor.
Jemaah: Kenapa? Ada apa?
Abi: Jaga durian.
Jemaah: Johor kat mana, Abi?
Abi: Batu Pahat.
Jemaah: Batu Pahat?
Abi: Haa... Batu Pahat.