Koleksi ABi

Teks Tafsir Surah An Nas ( سورة الناس )

telah shalat?” Namun, sedikit pun aku tidak berkata -kata. Beliau bersabda, “Katakanlah.” Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah.” Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau…

Teks Tafsir Surah An Nas ( سورة الناس )
Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan (Tafsir Pimpinan Ar-
Rahman Kepada Pengertian al -Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM)
Surah An Nas : 1-6
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِِّ النَّاسِ ﴿ ١﴾

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian

manusia.
مَلِكِ النَّاسِ ﴿ ٢﴾

  1. "Yang Menguasai sekalian manusia,

إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿ ٣﴾

  1. "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

مِن شَرِِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿ ٤﴾

  1. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ﴿ ٥﴾

  1. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿ ٦﴾

  1. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Tafsir dan Tadabbur
Surah ini menunjukkan permohonan isti'azah itu terhadap segala kejahatan bisikan dan
dorongan dari jin dan manusia keseluruhannya. Syaitan di kalangan jin datang dan pergi bisikan
was-wasnya. Manakala syaitan manusia memperindahkan keburukan dan kekejian lalu
mendorong dan mengajak kepada kemungkaran.

{قُلْ أَعُوذُ}
Katakanlah (Wahai Muhammad), " Aku berpegang, Aku bermohon pertolongan, dan Aku
mohon perlindungan
{بِرَبِِّ الناس }
Dengan pertolongan dan perlindungan Pencipta Manusia, yang juga Pendidik, dan Pentadbir
keadaan hidup mereka. Dialah jua yang menghidupkan dan mengadakan sesuatu dari tiada
kepada ada dan memberi pelbagai nikmat ke atas mereka.
{مَلِكِ الناس }
Juga Dengan pertolongan dan perlindungan Raja Penguasa Pemerintah dan Pemilik mutlak
dan yang sempurna bagi segala makhluk, Dia lah Pentadbir segala keadaan makhluk, yang
memuliakan dan menghinakan, yang mengayakan dan memiskinkan siapa sahaja yang
kehendaki.
{إله الناس}
Juga Dengan pertolongan dan perlindungan Tuhan sembahan manusia yang sebenar yang tiada
Tuhan yang lain selainNya.
Al Musta'azu bihi, المستعاذ به Tempat untuk berlindung ) :
a. Rabb An Nas ( رب الناس )
b. Malik An Nas ( ملك الناس )
c. Ilah An Nas ( إله الناس )
Al Musta'azu minhu ,المستعاذ منه Yang berlindung darinya ) iaitu keburukan bisikan syaitan
yang datang dan pergi.
{مِن شَرِِّ الوسواس }
Daripada kejahatan syaitan yang mencampakkan bisikan -bisikan jahat dalam hati manusia.
Sehingga mencenderungkan dan menimbulkan keghairahan kepada kemaksiatan.

{الخناس}
Iaitu yang timbul dan tenggelam atau datang dan pergi apabila seorang hamba itu berzikir
mengingati Allah. Dan apabila dia leka dan lalai, maka was-was itu akan datang semula.
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ
Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah,
dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan
membisikkan kejahatan.”
{الذى يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ الناس }
Syaitan mencampakkan pelbagai dorongan keburukan dan kekejian ke dalam hati-hati manusia
yang berupa sangkaan dan ilusi khayalan. Ianya begitu halus dan tersembunyi sehingga tidak
kedengaran di telinga.
{مِنَ الجنة والناس}
Iaitu bisikan yang datang dari syaitan di kalangan jin dan manusia.
Tujuan hasutan syaitan

  1. Memperdayakan

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِِّ نَبِيٍِّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الِْْنسِ وَالْجِنِِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْ لِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ
فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ﴿الأنعام: ٢١١﴾
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia
dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-
indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki,
tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-
adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
(Al An’am: 112)

  1. Mengajak Bersama dengan golongan yang mempermainkan agama Allah.

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلََ تَقْعُدْ بَعْدَ
الذِِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ﴿٨٦﴾ ﴿الأنعام: ٨٦﴾
Dan apabila engkau melihat orang -orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau
mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan
soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama merek a),
maka janganlah engkau duduk lagi bersama -sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau
mengingati (akan larangan itu).
)Al An’aam :68 (

  1. Melupakan manusia dari mengingati Allah ta’ala.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلََ إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَ انِ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿ المجادلة: ٩١﴾
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah
golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang
merugi.
(Al Mujadilah: 19)

  1. Menanam tabiat lupa terhadap tanggungjawab agama.

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلََّ الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُ رَهُ ۚ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا ﴿٣٦﴾
Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu ?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada
menyebutkan halnya kepadamu melainkan syaitan ;,dan ikan itu telah menggelunsur
menempuh jalannya di laut dengan cara yang menakjubkan.”
(Al Kahfi :63)
وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِِّكَ فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِِّهِ فَلَبِثَ فِي السِِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ ﴿يوسف: ٢٤﴾
Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua:
"Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia
dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu
tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.
(Yusuf: 42)

  1. Syaitan mempengaruhi manusia dengan kesakitan

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ ﴿١٤﴾
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada
Tuhannya (ketika menghadapi penyakitnya) dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu
oleh syaitan dengan kesusahan dan siksaan.”
(Shad : 41)
Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ
Sesungguhnya syaitan merasuk dan mengganggu manusia”
( HR Tirmizi, 3256)

  1. Syaitan suka mencetuskan kebencian, perbalahan dan permusuhan.

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلََةِ ۚ فَهَلْ أَنتُم
مُّنتَهُونَ ﴿١٩﴾ ﴿المائدة: ١٩﴾
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
)Al Maidah : 91(
Faedah
Amalan harian dengan membaca surah 3 Qul.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللََُّّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَف يْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللََُّّ أَحَدٌ
وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِِّ الْفَلَقِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِِّ النَّاسِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَ أُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ
جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلََثَ مَرَّاتٍ
Dari Aisyah bahawa biasa Nabi ﷺ bila hendak menuju ke tempat tidurnya pada setiap malam,
Baginda menyatukan kedua telapak tangannya, lalu meniupnya dan membacakan,

(قُلْ هُوَ اللََُّّ أَحَدٌ dan (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِِّ الْفَلَقِ dan (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِِّ النَّاسِ .)
Setelah itu, Baginda mengusapkan dengan kedua tangannya pada anggota tubuhnya yang
terjangkau olehnya. Baginda memulainya dari kepala, wajah dan pada anggota yang dapat
dijangkaunya. Hal itu, Baginda ulangi sebanyak tiga kali.
(HR Bukhari, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)
عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللََِّّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللََُّّ
أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَا ئِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ
ذَلِكَ بِهِ
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL
HUWALLAHU AHAD (surah Al-Ikhlas) dan mu’awidzatain (surah An -Naas dan Al-Falaq),
kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika
beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -
pen).”
(HR. Bukhari, no. 5748)
Dalam hadis lain, ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan,
(( أَمَرَنِي رَسُولُ اللََِّّ صَلَّى اللََُّّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِِّذَاتِ دُبُرَ كُلِِّ صَلََةٍ ))
Rasulullah ﷺ memerintahkan saya untuk membaca al–Mu’awwidzat tiap selesai shalat.”
(HR. Abu Dawud,)
Hadis-hadis sahih juga menjelaskan bahwa Nabi ﷺ menganjurkan membacanya pada zikir
pagi dan petang.
Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib, dari bapaknya ia berkata,
خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللََِّّ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ
شَيْئًا فَقَالَا رَسُولَ اللََِّّ مَا أَقُولُ قَالَ
أَحَدٌ) وَالْمُعَوِِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلََثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِِّ شَىْءٍ »
“Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam untuk shalat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian

telah shalat?” Namun, sedikit pun aku tidak berkata -kata. Beliau bersabda, “Katakanlah.”
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah.” Namun sedikit pun
aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah.” Hingga aku berkata, “Wahai
Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Katakanlah (bacalah surah) QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al -Ikhlas) dan al -
mu’awwidzatain (surah Al-Falaq dan An-Naas) ketika sore dan pagi sebanyak ti ga kali, maka
dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.”
(HR. Abu Daud, no. 5082 dan An-Nasaie, no. 5428

Apa yang ingin anda pelajari?

Tekan Esc untuk tutup · Ctrl / Cmd + K untuk buka