Koleksi ABi

Teks Tafsir Surah Al Kahfi 7

Teks Tafsir Surah Al Kahfi 7 (Rujukan kitab tafsir lbnu Katsir, Safwatu At Tafaasir, dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur'an, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM)

Teks Tafsir Surah Al Kahfi 7
(Rujukan kitab tafsir lbnu Katsir, Safwatu At Tafaasir, dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian al-Qur'an, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM)

Ayat 19-20

وَكَذََٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَائِلٌ م ِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَ مُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا
أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هََٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىَٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ م ِنْهُ وَلْيَ تَلَطَّفْ وَلََ يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا ﴿٩١﴾

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-
tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?"
(sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari
sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang
lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu
ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang
lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu
sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun
menyedari akan hal kamu.

إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا ﴿٠٢﴾

Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam
dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka
(secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-
lamanya".

Tafsir dan Tadabbur

Sebenarnya ayat-ayat ini adalah ayat-ayat yang menceritakan apakah yang berlaku apabila
Pemuda Kahfi itu apabila mereka bangkit dari tidur mereka.

Ayat al-Kahf: 19

﴿ وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا بَيْنَهُمْ ﴾
Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya sesama sendiri.”

Sebagaimana Allah menidurkan mereka, demikian pula Allah membangkitkan mereka dari
tidur yang panjang. Tidur mereka menyerupai kematian, kemudian mereka dibangunkan
semula agar mereka berbincang dan bertanya tentang tempoh keberadaan mereka di dalam
gua.
﴿ قَالَ قَائِلٌ م ِنْهُمْ كَم لَبِثْتُمْ ﴾
Berkatalah seorang dari mereka: Berapa lama kamu tinggal (di sini)?”

Salah seorang daripada mereka bertanya mengenai tempoh masa mereka berada di dalam gua.
Pertanyaan ini timbul setelah mereka dibangkitkan dari tidur panjang, dalam keadaan masih
samar tentang masa.
﴿ قَالُواْ لَبِثْنَا يَوْماً أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ﴾
Mereka menjawab: Kami telah tinggal (di sini) sehari atau sebahagian daripada sehari.”

Mereka menyangka hanya tidur sehari penuh, atau sebahagian daripada hari. Tafsiran ulama:
mereka memasuki gua pada waktu pagi, lalu Allah membangunkan mereka di penghujung
siang. Ketika bangun, mereka menyangka matahari telah terbenam lalu berkata “sehari”; tetapi
apabila melihat matahari belum tenggelam, mereka berkata “atau sebahagian hari”.
Hakikatnya, mereka telah tidur selama tiga ratus sembilan (309) tahun.

﴿ قَالُواْ رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ ﴾
Mereka berkata: Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lama kamu tinggal (di sini).”

Kesedaran Keterbatasan Ilmu Manusia

Sebahagian mereka menyerahkan urusan itu kepada Allah kerana tidak bermanfaat untuk
diperdebatkan. Mereka mengalihkan perhatian kepada perkara yang lebih penting dan
mendesak, iaitu keperluan makanan kerana mereka sedang lapar. Pemuda Kahfi mengakui
kelemahan mereka dalam ilmu, lalu menyerahkan perkara ghaib kepada Allah. Ini mendidik
kita agar rendah hati dalam ilmu dan tidak membuang masa pada perkara yang tidak memberi

faedah. Allah mengajar kita bahawa manusia sering sibuk dengan hal kecil yang tidak
mengubah kehidupan, padahal yang utama ialah kembali kepada Allah dan menyelamatkan
iman.

﴿ فَٱبْعَثُواْ أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَـَٰذِهِ إِلَىَٰ ٱلْمَدِينَةِ ﴾
Maka utuslah seorang dari kamu membawa wang perak kamu ini ke bandar.”

Mereka memutuskan menghantar salah seorang daripada mereka ke bandar untuk membeli
makanan. “ورقbermaksud mata wang perak.

Fokus Kepada Perkara Utama.

Perbincangan Ashabul Kahfi beralih daripada soal “berapa lama tidur” kepada “kita lapar,
mari cari makanan.” Orang beriman tahu membezakan antara perkara kecil dan perkara utama.
Hidup ini singkat. Jangan disia-siakan pada perdebatan sia-sia, sedang keperluan asas iman
dan amal lebih mendesak.

﴿ فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَآ أَزْكَىَٰ طَعَاماً فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ م ِنْهُ ﴾
Hendaklah dia melihat makanan yang lebih baik (halal lagi suci), lalu hendaklah dibawakan
sedikit rezeki daripadanya untuk kamu.”

Keutamaan Menjaga Agama Lebih Dari Segalanya

Orang yang diutus perlu memilih makanan yang halal, bersih dan baik. Penekanan kepada
makanan yang suci menunjukkan kuatnya pegangan agama mereka, meskipun dalam keadaan
darurat. Walaupun lapar, mereka tidak tergesa mencari apa sahaja makanan, tetapi
menekankan aspek halal, bersih dan suci. Ini menunjukkan iman yang hidup sentiasa
mengutamakan halal walaupun dalam kesempitan. Dalam kehidupan moden, kita diuji dengan
rezeki yang bercampur syubhat. Ayat ini mengajar agar iman mendahului perut. Makanan
halal menyuburkan jiwa; makanan haram merosakkan hati.

﴿ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلََ يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَداً ﴾
Dan hendaklah dia berlemah-lembut (berhati-hati), serta janganlah mendedahkan keadaan
kamu kepada sesiapa pun.”

Berhati-hati (hazar) dalam Dakwah dan Perjuangan

Pesanan agar berhati-hati ketika masuk bandar dan membeli makanan. Tujuannya supaya
keberadaan mereka tidak diketahui orang ramai. Perjuangan menegakkan agama memerlukan
kebijaksanaan, strategi, dan penuh berhati-hati. Tidak semua keadaan sesuai untuk konfrontasi
terbuka. Ada masa untuk sembunyi, ada masa untuk nyatakan kebenaran. Seorang mukmin
tidak boleh tergopoh-gopoh (isti’jal). Perintah ini mengingatkan kita bahawa hikmah dalam
bertindak adalah sebahagian daripada iman.


Ayat al-Kahf: 20

Bahaya Fitnah Akidah

﴿ إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُواْ عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ ﴾
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tentang kamu, nescaya mereka akan merejam
kamu dengan batu, atau mereka akan memaksa kamu kembali kepada agama mereka.”

Bahaya utama ialah dibunuh dengan direjam batu, atau dipaksa kembali kepada agama kufur.
Kedua-dua keadaan ini adalah kebinasaan. Ancaman terbesar bukan hanya fizikal (dibunuh),
tetapi rohani (dipaksa kembali kepada kufur). Ini menunjukkan betapa beratnya ujian menjaga
akidah. Dunia moden juga punya “rejam” versi baru – ejekan, penghinaan, diskriminasi – dan
ada juga paksaan halus untuk kembali ke “agama duniawi” berupa materialisme, hedonisme,
dan ideologi sekular.

﴿ وَلَن تُفْلِحُوۤاْ إِذاً أَبَداً ﴾
Dan jika demikian, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Jika mereka kembali kepada agama batil, maka selamanya mereka tidak akan beroleh

kejayaan. Kembali kepada kufur bererti hilang seluruh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kegagalan Hakiki ialah bila Kembali kepada kufur. Ianya kegagalan mutlak, sekalipun dunia
menawarkan keselamatan fizikal atau keselesaan. Kejayaan sejati bukan pada pangkat, harta
atau umur panjang, tetapi pada istiqamah dalam iman.

Rumusan Tarbawi

  1. Ayat ini menonjolkan sifat iman, tawakkal dan hikmah para pemuda Ashabul

Kahfi.Mereka tidak banyak berdebat tentang perkara ghaib (berapa lama tidur),
sebaliknya memberi fokus kepada keperluan semasa. Serahkan yang ghaib kepada
Allah, jangan sombong dengan ilmu.

  1. Pesanan tentang memilih makanan halal dan bersih mengingatkan kita bahawa iman

mesti dijaga walau dalam keadaan darurat.

  1. Arahan berhati-hati menunjukkan hikmah dalam berinteraksi dengan masyarakat zalim

dan bijaksana dalam mengatur langkah perjuangan agama.

  1. Kegigihan mereka mempertahankan aqidah menjadi teladan buat para da‘i dalam

menghadapi tekanan, bahawa kembali kepada kufur adalah kebinasaan yang tiada
kejayaan abadi. Kegagalan mutlak ialah keluar dari iman, bukan kehilangan dunia.
Didik jiwa agar fokus pada perkara besar yang menyelamatkan di akhirat.

  1. Menyedari bahawa iman adalah harta paling berharga, lebih utama daripada makanan,

keselamatan, atau panjang umur.

Apa yang ingin anda pelajari?

Tekan Esc untuk tutup · Ctrl / Cmd + K untuk buka