Koleksi ABi

Teks Tafsir dan tadabbur Surah Al Ikhlas (الإخلاص)

Teks Tafsir dan tadabbur Surah Al Ikhlas (الإخلاص) Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan (Tafsir Pimpinan Ar- Rahman Kepada Pengertian al -Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam…

Teks Tafsir dan tadabbur Surah Al Ikhlas (الإخلاص)
Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan (Tafsir Pimpinan Ar-
Rahman Kepada Pengertian al -Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM

Surah Al Ikhlas: 1-4
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

قُلْ هُوَ اللََُّّ أَحَدٌ 1(
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

اللََُّّ الصَّمَدُ 2(
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ3(
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ 4(
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Latarbelakang Surah
Al Ikhlas ialah salah satu surah Makiyyah dengan lima ayat sahaja. Surah Al Ikhlas diturunkan
pada fasa ke dua dakwah Ar Rasul ﷺ .Diriwayatkan telah datang beberapa orang musyrikin
Mekah kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: " Hei Muhammad sifatkan kepada kami Tuhan
engkau! Adakah dia berupa emas atau perak? Atau dari zamrud atau permata?". Lalu turunlah
wahyu ( ...قل هو الله أحد )

Nama-nama lain surah Al Ikhlas:
2 – Surah at-Tafreed ( التفريد )– yang bermaksud ‘tunggal’ kerana surah ini memperkatakan sifat
Allah yang tunggal – tidak ada yang sama dengan-Nya.
3 – Surah at-Tajreed ( التجريد )– surah yang membuang segala salah faham terhadap Allah.
4 – Surah at-Tawhid ( التوحيد )– surah tentang tauhid kerana ia memperkatakan sifat Allah yang
tauhid.
5 – Surah al-Ma’rifah ( المعرفة )– yang bermaksud ‘pengenalan’. Ianya memperkenalkan Allah
dan kalau tidak faham surah ini, bermakna seseorang itu tidak kenal siapakah Allah.
6 – Surah as-Samad ( الصمد )– Kalimah ini kita akan belajar nanti. Dalam Al-Qur’an, pada surah
ini sahaja digunakan kalimah ini. Dan kerana itulah surah al-Ikhlas juga dikenali sebagai surah
as-Samad.
7 – Surah al-Asaas ( الآساس )– yang bermaksud ‘pati’. Ini adalah kerana di dalam surah ini
disebut tentang asas atau pati dakwah Rasulullah iaitu mentauhidkan Allah.
Kelebihan surah
Hadith diriwayatkan Abu Sa’id al Khudri Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
أَنَّ رَجُلاً سَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ يُرَدِِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ ، فَ ذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ
رَسُوْلُ اللهِ : ((وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ .
Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan mengulang-
ulangnya, maka tatkala pagi harinya, dia mendatangi Rasulullah dan menceritakan hal itu
kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah
Rasulullah ﷺ Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu
sebanding dengan sepertiga Al -Qur’an”.
(HR Bukhari, Abu Dawud, Nasaie)

Dalam riwayat yang lain ,Abu Sa’id al Khudri Radhiyallahu ‘anhu pula, dia berkata:
قَالَ النَّبِيُّ لأَصْحَابِهِ: ((أَيُـعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ القُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ))، فَـشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْ هِمْ، وَقَالُوا: أَيُّـنَا يُطِيْقُ ذَلِكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟
فَقَالَ: ((اللهُ الوَاحِدُ الصَّمَدُ، ثُلُثُ القُرْآنِ .))
Nabi ﷺ berkata kepada para sahabatnya: “Apakah seseorang dari kalian tidak mampu
membaca sepertiga Al-Qur’an dalam satu malam (saja)?” Hal itu membuat mereka keberatan,
(sehingga) mereka pun berkata: “Siapa di antara kami yang mampu melakukan hal itu, wahai
Rasulullah?” Lalu Nabi ﷺ bersabda: “Allahul Wahidus Samad (surah al -Ikhlas), (adalah)
sepertiga Al -Qur`an”.
(HR Bukhari, 4628)

Hadith diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir al Juhani Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
بَيْنَا أَنَا أَقُوْدُ بِرَسُوْلِ اللهِ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ، إِذْ قَالَ: ((يَا عُقْبَةُ، قُلْ!))، فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَ الَ: ((يَا عُقْبَةُ، قُلْ!))، فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا
الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُوْلُ؟ فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّوْرَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِِّ الفَلَقِ، وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا،
ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِِّ النَّاسِ، فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: ((مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَ حَدٌ .))
Tatkala aku menuntun kenderaan Rasulullah ﷺ dalam sebuah peperangan, tiba-tiba baginda
bersabda: “Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi):
“Wahai Uqbah, katakan,” aku pun mendengarkan. Dan beliau mengatakannya sampai tiga
kali, lalu aku bertanya: “Apa yang aku katakan?” Beliau pun bersabda: “Katakan (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ )
lalu baginda membacanya sampai selesai. Kemudian baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِِّ الفَلَقِ ,
aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِ
النَّاسِ aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian baginda bersabda: “Tidak
ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang
berlindung dengannya (tiga surah) tersebut”.
(HR Nasaei,5334)

عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللََِّّ إِنِِّي أُحِبُّ هَذِهِ السُّورَةَ قُلْ هُوَ اللََُّّ أَحَدٌ فَقَ الَ رَسُولُ اللََِّّ صَلَّى اللََُّّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حُبُّكَ إِيَّاهَا أَدْخَلَكَ الْجَنَّةَ
(رواه أحمد، 12054 )
Dari Tsabit dari Anas berkata, seorang laki-laki berkata, Ya Rasulullah, sesungguhnya saya
menyukai surat ini, QUL HUWA ALLAHU AHAD, maka Rasulullah ﷺ bersabda, "Rasa
suka cintamu padanya akan memasukkanmu ke dalam syurga."
(HR Ahmad, 12054)

Tafsir dan tadabbur
قُلْ هُوَ اللََُّّ أَحَدٌ 1(
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
Dalam Tafsir Sofwan At Tafaasir:
"Katakanlah Wahai Muhammad kepada puak -puak musyrikin yang menghinakan itu, "
Sesungguhnya Tuhanku yang aku sembah, dan yang aku seru kamu untuk menyembahNya itu,
Dia adalah Yang Satu Maha Esa Tiada sekutu bagiNya, tiada yang serupa dan sebandingNya,
tidak pada ZatNya, tidak pada sifat -sifatNya, juga tidak pada segala perbuatanNya. Dialah
Yang Maha Agung dan Maha Ketinggian juga Maha Esa tidak seperti yang disangka oleh
Nasrani bahawa Tuhan itu tiga dalam satu ( triniti ) iaitu bapa, anak dan ruhul Quddus. Begitu
juga yang disangka oleh para musyrikin bahawa Tuhan itu berbilang-bilang."

Ayat ini memperjelaskan,
1.⁠ ⁠Allah Ta'ala sebagai Pencipta, maka tiada sekutuNya dalam mencipta.
{أفمن يخلق كمن لا يخلق أفلا تذكرون٧١]
Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk -
makhluk yang tidak menciptakan sesuatu?

(An Nahl :17)

2.⁠ ⁠Allah Ta'ala sebagai Penentu dan Pencorak yang mutlak, tiada yang bersekutu denganNya.

{لو كان فيهمآ آلهة إلا الله لفسدتا فسبحان الله رب العرش عما يصفون٢٢]

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran
kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah,
Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

(Al Anbiya': 22)

3.⁠ ⁠Allah Ta'ala sebagai Yang Maha Menggagahi dan Menguasai. Tiada yang dapat
melebihiNya.

{لو كان معه آلهة كما يقولون إذًا لابتغوا إلى ذي العرش سبي٢٤]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan -tuhan yang lain bersama -sama Allah,
sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan -tuhan itu akan mencari jalan kepada
Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).

(Al Isra' : 42)

4.⁠ ⁠Allah Ta'ala Yang Maha Tinggi dan tiada yang lain dapat menandingiNya.

{ما اتخذ الله من ولد وما كان معه من إله إذا لذهب كل إله بما خلق ولعلا بعضهم على بعض سبحان الله عما يصفون
[١٩]

Allah Ta'ala juga, tiada bapa dan ibu kerana setiap yang dilahirkan itu adalah perkara baru.
Sedangkan Allah itu Maha Qadim tiada permulaan. Dan tiada yang menyertai dalam sifat
Qadim itu.

Allah tidak sekali -kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan
bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap -tiap tuhan itu akan menguasai dan
menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya aka n
bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh
mereka (yang musyrik) itu.

(Al Mukminin : 91)


اللََُّّ الصَّمَدُ 2 )

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

Ayat ini menunjukkan kesempurnaan wahdaniyyah keesaan Allah dan Maha Terkaya Dia yakni
tidak berhajat kepada makhluk. Bahkan segala makhluk lah yang sentiasa berhajat dan
memerlukanNya.

AS-SAMAD ( الصمد adalah salah satu nama dari Asmaul Husna.

Perkataan Al-Samad ( الصَّمَدُ menurut bahasa : ( المَقْصُودُ فِى جَمِيْعِ الحَوَائِجِ عَلَى الدَّوَامِ Yang
menjadi tujuan dalam semua hajat dan keperluan secara berkekalan. Maksudnya : Hanya Allah
yang berkuasa memenuhi semua yang diperlukan oleh makhlukNya dan tidak ada seorang pun
yang istighna ( اِسْتِغْنَاء yakni yang tidak berhajat kepada-Nya. Keyakinan ini sekaligus
membatalkan aqidah atau keyakinan Musyrikin Arab di zaman Jahiliyah dan yang serupa
dengan mereka akan adanya ( الوَسَائِ طُ perantaraan di dunia ini dan ( الشُّفَعَاءُ pemberi syafat
selain Allah di akhirat nanti.

Al-Samad ialah Allah sebagai tempat makhluk menujukan segala keperluan dan permasalahan
mereka.

Ibnu Abbas RA berkata :

Dialah ( السَّيِِّدُ Yang Dipertuankan dan sangat sempurna ketuanan-Nya,

Dialah ( الشَّرِيْفُ Maha Mulia yang sangat sempurna kemuliaan-Nya,

Dialah ( العَظِيْمُ Maha Agung yang sangat sempurna keagungan-Nya,

Dialah Allah, Maha Suci Allah, dan inilah sifat-sifatNya yang tiada layak melainkan bagiNya."

Menurut Hasan Al-Basriy : ( الصَّمَدُ الحَيُّ القَيُّومُ الَّذِي لاَ زَوَالَ لَهُ Allah Maha Hidup lagi Mengurus
makhluknya terus menerus tanpa henti dan tiada berakhir bagi-Nya ;

Al-Samad ( الصَّمَدُ juga membawa makna hanya kepada Allah sahaja ditujukan segala
permohonan secara ( مُبَاشَرَةً langsung tanpa ( وَاسِطَةٌ perantaraan dan tanpa (شَفِيْعٌ pemberi
syafaat.

Dialah Allah Al -Samad dalam penentuan segala jenis hukum dan menetapkan asas -asas
syari'at. Segala jenis perbalahan yang manusia hadapi, mereka mestilah merujuk kepada apa
yang Dia turunkan, sama ada Al -Quran atau Al-Hadis. Manusia mestilah berhukum kepada -
Nya dalam semua hal, apakah itu perkara besar ataupun perkara kecil.


لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ 3 )

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

Tidaklah Allah Ta'ala itu mengambil anak, tiada bagiNya anak lelaki mahu pun perempuan
sebagaimana Dia bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci dari segala kekurangan.

Ayat ini, menolak segala sangkaan dan dakwaan mereka yang mengatakan Allah mempunyai
anak, seperti yahudi dan nasaara

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللََِّّ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللََِّّ

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang -orang Nasrani berkata:
"Al-Masih ialah anak Allah".

(At Taubah : 30)

Dan begitu juga musyrikin menjadikan malaikat sebagai anak perempuan Allah.

وَيَجْعَلُونَ لِلَِِّ الْبَنَاتِ سُبْحَانَهُ وَلَهُم مَّا يَشْتَهُونَ ﴿النحل: ٧٥﴾

Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi
mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).

(An Nahl : 57)

Allah Ta'ala menunggalkan diriNya, bahawa Dia tiada anak kerana sesuatu yang ada anak
sudah pasti mempunyai jantina keturunannya. Allah Ta'ala tiada isteri dan keturunan.

{بديع السماوات والأرض أنى يكونُ له ولد ولم تكن له صاحبة١٠١]

(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia
tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap -tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha
Mengetahui akan segala-galanya.

(Al An'am : 101)

Allah Ta'ala juga, tiada bapa dan ibu kerana setiap yang dilahirkan itu adalah perkara baru.
Sedangkan Allah itu Maha Qadim tiada permulaan. Dan tiada yang menyertai dalam sifat
Qadim itu.


وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ 4 )

“Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.”

Yakni tiada yang semisal, serupa dan sebanding pada zat, sifat dan perbuatan Allah.

{ليس كمثله شيء وهو السميع البصير١١]

Dialah Yang memiliki segala sesuatu dan Yang Menciptakannya, maka mana mungkin Dia
mempunyai tandingan dari kalangan makhlukNya yang menyamaiNya atau mendekatiNya,
Maha Tinggi lagi Maha Suci Allah dari semuanya itu.

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمنُ وَلَداً لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئاً إِدًّا تَكادُ السَّماواتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَْ رْضُ وَتَخِرُّ الْجِبالُ هَدًّا أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمنِ وَلَداً
وَما يَنْبَغِي لِلرَّحْمنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَداً إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّماواتِ وَالأَْرْضِ إِلاَّ آتِي الرَّحْمنِ عَبْداً لَقَدْ أَحْصاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا وَكُلُّهُمْ آتِيهِ
يَوْمَ الْقِيامَةِ فَرْداً

Dan mereka berkata, "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.”
Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, hampir -
hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung -gunung runtuh, karena
mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan
Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di
bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.
Sesungguhnya Allah tel ah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan
hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan
sendiri-sendiri.

(Maryam: 88-95)

Faedah :

Setiap mukallaf yakni insan yang 'aqil (berfikiran waras) dan baligh (sampai umur baligh)
wajib mengetahui bahawa ( لاَ صَمَدَانِيَّةَ tiada samadaniyah yakni tiada ketergantungan, dan (
لاَ وَحْدَانِيَّةَ tiada wahdaniyah yakni tiada keesaan, melainkan hanya kepunyaan Allah Yang
Maha Esa. Oleh itu, kesan dari keyakinan tersebut maka mukallaf mestilah mempunyai sikap
seperti berikut, antaranya :

1.⁠ ⁠Mereka tidak akan memohon apapun hajat dan keperluan kecuali hanya kepada Allah 'Azza
Wa Jalla.

2.⁠ ⁠Mereka tidak akan mengadu kesusahan jika ditimpa musibah atau malapetaka kecuali hanya
kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿الفاتحة: ٥﴾

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta
pertolongan.

(Al Fatihah. : 5 )

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
﴿البقرة: ٥٤﴾

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

(Al Baqarah : 45)

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah 'Azza wa Jalla berfirman :

يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَ طْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ
عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَ غْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ

Hai hamba -Ku, kamu sekalian berada dalam kesesatan, kecuali orang yang telah Aku beri
petunjuk. Oleh kerana itu, mohonlah petunjuk kepada -Ku, niscaya Aku akan memberikannya
kepadamu! Hai hamba-Ku, kamu sekalian berada dalam kelaparan, kecuali orang yang telah
Aku beri makan. Oleh karena itu, mintalah makan kepada -Ku, niscaya Aku akan memberimu
makan! Hai hamba -Ku, kamu sekalian telanjang dan tidak mengenakan sehelai pakaian,
kecuali orang yang Aku beri pakaian. Oleh karena itu, mintalah pakaian kepada -Ku, niscaya
Aku akan memberimu pakaian! Hai hamba -Ku, kamu sekalian senantiasa berbuat salah pada
malam dan siang hari, sementara Aku akan mengampuni segala dosa dan kesalahan. Oleh
karena itu, mohonlah ampunan kepada-Ku, niscaya aku akan mengampunimu! "

(HR Muslim, 4674)

3.⁠ ⁠Berdoa dengan menyebut nama Nya :

اَللَّهُمَّ إِنِِّي أَسْأَلُكَ يَا اللهُ ، بِأَنَّكَ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَلِي ذُنُوبِي ، إِنَّكَ أَنْتَ
الغَفُورُ الرَّحِيْمُ .

"Ya Allah ! Sesungguhnya aku memohon kepada -Mu, Ya Allah ! Dengan bersaksi bahawa
Engkaulah Rabb Yang Maha Esa, Maha Tunggal, yang tidak berhajat kepada sesuatu, tetapi
segala sesuatu berhajat kepada -Nya, tidak beranak dan tidak diperanakkan (tidak punya i bu
dan bapak) dan tidak ada seorangpun yang menyamai -Nya, aku mohon kepada -Mu agar
mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(HR An Nasaie )
[21/04/2025, 2:19:00 PM] ABi: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ

Apa yang ingin anda pelajari?

Tekan Esc untuk tutup · Ctrl / Cmd + K untuk buka