Koleksi ABi

Teks Tafsir dan tadabbur Surah Al Falaq (سورة الفلق)

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

Teks Tafsir dan tadabbur Surah Al Falaq (سورة الفلق)

(Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni  dan (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

Surah Al Falaq ( 1-5)

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾

"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Pengenalan Surah

Surah al-Falaq ialah surah Makkiyyah. Di dalamnya terdapat pengajaran kepada para hamba agar mereka berlindung kepada penjagaan Allah Yang Maha Pemurah dan memohon perlindungan dengan keagungan serta kekuasaan-Nya daripada kejahatan makhluk-makhluk-Nya, daripada kejahatan malam apabila ia menyelubungi (kegelapan), disebabkan rasa takut yang menimpa jiwa serta berleluasanya golongan jahat dan pendosa pada waktu itu; dan juga daripada kejahatan setiap pendengki dan tukang sihir.

Surah ini merupakan salah satu daripada al-Mu‘awwidzatayn (dua surah perlindungan) yang mana Rasulullah ﷺ biasa membaca untuk memohon perlindungan bagi dirinya.

Kelebihan Surah Al Falaq

Keutamaan al-Mu’awwidzatain ( المعوذتين )

Imam Muslim meriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

(( أَلَمْ تَرَ آيَاتٍ أُنْزِلَتْ اللَّيْلَةَ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ؟))

“Tahukah engkau ayat-ayat yang telah diturunkan malam ini, tidak pernah ada yang menyerupainya sama sekali?

Kemudian Baginda mengatakan:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Imam At-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu hadis berikut,

((كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَيْنِ الْجَانِّ وَعَيْنِ الإِنْسِ, فَلَمَّا نَزَلَتْ الْمُعَوِّذَتَانِ أَخَذَ بِهِمَا, وَتَرَكَ مَا سِوَى ذَلِكَ))

“Rasulullah ‎ﷺ berlindung dari mata jahat jin dan manusia. Ketika turun al–Mu’awwidzatain, Baginda memakainya dan meninggalkan yang lain."

Kedua surat ini disunatkan dibaca setiap selesai salat wajib. Dalam hadis lain, ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan,

(( أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ))

“Rasulullah ‎ﷺ memerintahkan saya untuk membaca al–Mu’awwidzat tiap selesai shalat.”

(HR. Abu Dawud,)

Disunatkan juga membacanya sebelum dan sesudah tidur, sebagaimana disebutkan dalam hadis ‘Uqbah yang lain:

(( ياَ عُقْبَةُ ! اِقْرَأْ بِهِمَا كُلَّمَا نِمْتَ وَقُمْتَ، مَا سَأَلَ سَائِلٌ وَلاَ اِسْتَعَاذَ مُسْتَعِيْذٌ بِمِثْلِهِمَا))

“Wahai ‘Uqbah, bacalah keduanya setiap kamu tidur dan bangun. Tidaklah seseorang meminta atau berlindung dengan sesuatu seperti keduanya.”

(HR. Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Hadis-hadis sahih juga menjelaskan bahwa Nabi ‎ﷺ menganjurkan membacanya pada zikir pagi dan petang. Baginda juga membacanya saat meruqyah diri Baginda ketika sakit dan disengat kala jengking.

Tafsir dan tadabbur

{قل أعوذ برب الفلق}

Katakanlah Wahai Muhammad "Aku berlindung dan berpegang dengan Allah, Tuhan yang menguasai subuh, yang menyingsing waktu subuh dari malam, hilangnya kegelapan malam.

Menurut Ibnu Abbas,   {الفلق} ialah waktu subuh, seperti mana Firman Allah Ta'ala,

{فالق الإصباح [الأنعام: ٩٦

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar),

Al An'am : 96

Ahli tafsir berkata:Sebab dikhususkan waktu subuh dengan perlindungan Allah kerana terbitnya cahaya fajar subuh selepas pekatnya kegelapan, seperti mana datangnya kesenangan selepas kesusahan. Sebagaimana manusia menanti-nanti terbitnya waktu subuh. Begitulah seorang yang takut menanti-nanti datangnya kejayaan.


{من شر ما خلق}

Iaitu daripada kejahatan segala makhluk samaada manusia, jin, binatang melata atau menjalar, dan daripada segala kejahatan yang menyakiti, yang telah dijadikan oleh Allah Ta'ala.

Hikmah

Mengajar manusia bahawa segala makhluk ada potensi membawa mudarat, dan hanya Allah Ta‘ala yang berkuasa melindungi kita daripadanya.

Rasa tawakkul yang tulus hanya kepada Allah, bukan kepada kekuatan sendiri atau makhluk lain.

Menanamkan dalam hati bahawa Allah ialah Rabb yang mengawal segala urusan makhluk, termasuk yang tersembunyi dan tidak mampu kita tangani.


{ومن شر غاسق إذا وقب}

Iaitu daripada kejahatan malam ketika semakin menggelap, kerana di waktu kegelapan malamlah bertebaran segala golongan yang jahat samaada dari kalangan manusia dan jin.

Daripada Jabir RA, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

“Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.”

[HR Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]

Ar Razi berkata:  Hanyasanya disuruh agar berlindung daripada kejahatan malam kerana di waktu malamlah binatang pemangsa keluar dari sarangnya, binatang menjalar dari tempat tinggalnya, perompak mencari mangsa, berlakunya kebakaran, dalam keadaan sedikitnya pertolongan.

Hikmah

Waktu malam melambangkan kegelapan, ketakutan, dan kejahatan tersembunyi (seperti jenayah, gangguan jin, atau maksiat).

Mengingatkan bahawa malam ialah waktu ujian bagi jiwa—yang lemah mudah tergelincir dalam dosa, dan orang yang lalai mudah diserang musuh ghaib.

Menjadikan hati sentiasa sedar bahawa hanya Allah pelindung sebenar, terutamanya ketika kita tidak mampu melihat dan menjaga diri dengan pancaindera.


{ومن شر النفاثات في العقد}

Iaitu daripada kejahatan para ahli sihir yang mengikat simpulan-simpulan benang. Kemudian ditiup dengan bacaan mentera bagi tujuan berbuat perkara kejahatan terhadap orang lain dengan sihirnya.

Malaikat meruqyah Baginda ketika disihir oleh Labid bin al-A’sham.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُحِرَ حَتَّى كَانَ يَرَى أَنَّهُ يَأْتِي النِّسَاءَ وَلَا يَأْتِيهِنَّ قَالَ سُفْيَانُ وَهَذَا أَشَدُّ مَا يَكُونُ مِنْ السِّحْرِ إِذَا كَانَ كَذَا فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَعَلِمْتِ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ أَتَانِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلْآخَرِ مَا بَالُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ وَمَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ أَعْصَمَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ حَلِيفٌ لِيَهُودَ كَانَ مُنَافِقًا قَالَ وَفِيمَ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاقَةٍ قَالَ وَأَيْنَ قَالَ فِي جُفِّ طَلْعَةٍ ذَكَرٍ تَحْتَ رَاعُوفَةٍ فِي بِئْرِ ذَرْوَانَ قَالَتْ فَأَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبِئْرَ حَتَّى اسْتَخْرَجَهُ فَقَالَ هَذِهِ الْبِئْرُ الَّتِي أُرِيتُهَا وَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَ فَاسْتُخْرِجَ قَالَتْ فَقُلْتُ أَفَلَا أَيْ تَنَشَّرْتَ فَقَالَ أَمَّا اللَّهُ فَقَدْ شَفَانِي وَأَكْرَهُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ شَرًّا

‘Aisyah radhiallahu ‘anha dia berkata; bahawa Rasulullah ‎ﷺ pernah disihir hingga seakan-akan beliau telah mendatangi para isterinya, padahal baginda tidak mendatanginya, -Sufyan mengatakan; “Bahawa keadaan seperti ini termasuk sihir yang paling berat- kemudian baginda bersabda: “Wahai Aisyah, apakah kamu mengetahui bahawa Allah telah memberikan fatwa (menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian seorang yang berada di kepalaku berkata kepada yang satunya; “Kenapa laki-laki ini?” Temannya menjawab; “Terkena sihir.’ Salah seorang darinya bertanya; “Siapakah yang menyihirnya?” Temannya menjawab; “Labid bin Al A’sham, laki-laki dari Bani Zuraiq, seorang munafik dan menjadi sekutu orang-orang Yahudi.” Salah seorang darinya bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” Temannya menjawab; “Dengan rambut yang terjatuh ketika disisir.” Salah seorang darinya bertanya; “Di manakah benda itu diletakkan?” temannya menjawab; “Di mayang kurma yang diletakkan di bawah batu dalam sumur Dzarwan.” Aisyah berkata; “Kemudian Rasulullah ‎ﷺ mendatangi sumur tersebut hingga beliau dapat mengeluarkan barang tersebut, lalu Baginda bersabda: “Ini adalah sumur yang diperlihatkan padaku, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman pohon inai dan seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala syaitan.” Abu Hisyam berkata; “apakah beliau meminta barangnya dikeluarkan?” Aisyah berkata; Lalu aku bertanya; “Apakah anda tidak meruqyahnya?” Baginda bersabda: “Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku hanya tidak suka memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu.”

(HR Bukhari, 5323)

Hikmah

Mengingatkan bahaya sihir dan hasad, yang biasanya dilakukan secara tersembunyi, melalui niat jahat, ritual atau azimat.

Islam mengiktiraf bahawa sihir adalah wujud dan benar-benar memberi kesan, tetapi kita diajar supaya tidak takutkan sihir melebihi takut kepada Allah.

Membina benteng kerohanian—bahawa hanya zikir, doa, dan pergantungan kepada Allah yang mampu menyelamatkan kita daripada perkara ghaib.


{ومن شر حاسد إذا حسد}

Iaitu dari kejahatan seorang pendengki yang bercita-cita agar hilangnya nikmat dari seseorang, dalam keadaan dia tidak redha dengan apa yang telah dibahagikan oleh Allah Ta'ala.

Hikmah

Hasad adalah penyakit hati yang sangat merosakkan: ia menggerakkan seseorang untuk memudaratkan orang lain hanya kerana dia tidak suka nikmat yang diterima saudaranya.

Allah mengajar kita bahawa bahaya hasad bukan sekadar niat, tetapi boleh membawa kepada tindakan berbahaya, seperti sabotaj, fitnah, atau sihir.

Menumbuhkan kesedaran tarbawi bahawa antara punca kebinasaan umat ialah tidak bersih hati terhadap sesama manusia.

Dapat disimpulkan, surah ini berupa permohonan perlindungan kepada Allah. Di dalam surah ini, kita meminta perlindungan kepada Allah daripada empat keburukan iaitu:

1. Keburukan daripada semua ciptaan Allah (makhluk).

2. Keburukan yang ada pada waktu malam.

3. Keburukan sihir manusia.

4. Keburukan hasad dengki.

Empat perkara yang perlukan kewaspadaan yang tinggi dan hanya dengan pertolongan Allah empat kejahatan ini dapat dilindungi dari diri seseorang itu.  Satu persamaan keempat-empat perkara ini adalah ianya adalah perkara yang tidak dapat kawal langsung. Manusia itu amatlah lemah dan tidak mampu menghadapi kejahatan-kejahatan ini melainkan dengan pertolongan dan perlindunganNya sahaja.

Surah ini membentuk jiwa yang bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi kejahatan luar dan dalam, baik yang nyata mahupun ghaib. Antara hikmah besar lain:

Pendidikan akidah: hanya Allah sebagai pelindung mutlak.

Penjernihan hati: agar tidak hasad dan juga tidak takut pada hasad manusia.

Pendidikan adab dengan makhluk: tidak memusuhi makhluk, tapi mencari perlindungan daripada kejahatan mereka.

Pengukuhan zikir dan doa: surah ini adalah zikir perlindungan harian — termasuk dalam al-Mu‘awwidzatayn.

Apa yang ingin anda pelajari?

Tekan Esc untuk tutup · Ctrl / Cmd + K untuk buka