Koleksi ABi
Tanda Hati Mati
Solat terasa beban, bukan kerehatan. Zikir terasa kosong. Al-Qur’an dibuka hanya sekali-sekala.
Tanda-Tanda Hati Yang Sudah Jauh dari Allah Ta‘ala
1. Berat untuk beribadah
Solat terasa beban, bukan kerehatan. Zikir terasa kosong. Al-Qur’an dibuka hanya sekali-sekala.
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لَا يَذْكُرُهُ، كَمَثَلِ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak berzikir, seperti orang hidup dan orang mati.”
(Riwayat al-Bukhārī, no. 6407)
Firman Allah Ta‘ala:
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ • الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.”
(Surah al-Māʿūn: 4–5)
2. Mudah marah, mudah gelisah
Jiwa yang jauh dari Allah hilang ketenangan. Sedikit ujian menjadikan dia lemah.
Firman Allah Ta‘ala:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah ar-Raʿd: 28)
مَنْ غَضِبَ فَلْيَسْكُتْ
“Barangsiapa yang marah, maka hendaklah dia diam.”
(Riwayat Aḥmad, 1/239)
Ibn ʿAṭāʾillāh – Al-Hikam:
"ما من نفس تبديه إلا وله قدر فيك يمضيه."
“Tiada satu nafas pun yang engkau hela, melainkan ada ketetapan Allah padanya yang sedang berlangsung.”
Oleh itu, seorang yang mengenal hakikat ini tidak akan cepat emosi bahkan ia tenang menerima ujian.
3. Mencintai dunia secara berlebihan
Dunia menjadi matlamat, bukan alat. Hati mengejar harta, nama, pujian.
Firman Allah Ta‘ala:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ ... ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dihiaskan kepada manusia kecintaan kepada perkara-perkara yang diingini… itulah kesenangan hidup dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang terbaik.”
(Surah Āli ʿImrān: 14)
الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ، مَلْعُونٌ مَا فِيهَا، إِلَّا ذِكْرَ اللَّهِ...
“Dunia itu terlaknat dan apa yang ada padanya juga terlaknat, kecuali zikir kepada Allah…”
(Riwayat al-Tirmidhī, no. 2322)
4. Tidak rasa bersalah ketika meninggalkan amal soleh
Solat berjemaah, zikir, Al-Qur’an ditinggalkan tanpa rasa bersalah.
Firman Allah Ta‘ala:
فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Kemudian mereka diganti oleh keturunan yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu. Maka mereka akan menemui kesesatan.”
(Surah Maryam: 59)
Al-Hikam (Ibn ʿAṭāʾillāh):
"من علامات موت القلب عدم الحزن على ما فاتك من الطاعات، وترك الندم على ما فعلته من الزلات."
“Antara tanda hati yang mati ialah tidak berdukacita apabila tertinggal taat, dan tidak menyesal atas dosa yang dilakukan.”
5. Tidak tersentuh dengan nasihat dan ayat al-Qur’an
Hati tidak bergetar bila disebut akhirat, mati, azab.
Firman Allah Ta‘ala:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً
“Kemudian hati kamu menjadi keras selepas itu, maka ia seperti batu bahkan lebih keras lagi.”
(Surah al-Baqarah: 74)
Sedangkan sifat hati yang beriman,
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila disebut nama Allah, hati mereka menjadi gementar...”
(Surah al-Anfāl: 2)
Kata Ibnu ‘Athaillah dalam Al-Hikam:
"ليس الشأن أن تحب الله، إنما الشأن أن يحبك الله."
“Bukanlah perkara besar itu kau mencintai Allah, tetapi perkara besarnya ialah apabila Allah mencintaimu.”
Jika hati tidak bergetar dengan nasihat, mungkin kerana ia tidak lagi menjadi tempat turun cinta Allah.
Bagaimana Mengubati Hati yang Jauh dari Allah
Kembali kepada al-Qur’an secara harian
Jadikan al-Qur’an teman yang hidup. Baca, faham dan renungi isinya.
Allah Ta‘ala berfirman:
﴿وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٞ وَرَحۡمَةٞ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ﴾
“Dan Kami turunkan dari al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah al-Isra’, 17:82)
Menghidupkan zikir pagi dan petang serta zikir selepas solat
Jangan biarkan sehari berlalu tanpa zikrullah. Zikir menguatkan hati, membersihkan bisikan syaitan dan melunakkan jiwa.
Jaga solat berjemaah dan solat malam
Solat adalah tiang hubungan dengan Allah Ta‘ala. Solat malam pula menghidupkan rasa dekat dan cinta kepada Allah.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ) التوبة: 18)
Daripada Abū Saʿīd al-Khudrī رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang yang biasa datang ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah seorang yang beriman.”
Kemudian baginda membaca firman Allah:
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..."
(Surah al-Tawbah: 18)
Riwayat al-Tirmidhī, no. 2617
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ، فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ، وَإِنَّهُ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ، وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الْإِثْمِ
"Hendaklah kamu mengerjakan solat malam, kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia juga mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, penghapus dosa dan penghalang daripada melakukan maksiat."
Riwayat al-Tirmidhī, no. 3549
Hadiri majlis ilmu dan muhasabah
Duduk di halaqah, kuliah, atau mendengar ceramah agama menyuntik semula ruh iman. Ia membetulkan cara fikir dan mendekatkan hati kepada akhirat.
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا. قِيلَ: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: حِلَقُ الذِّكْرِ.
(Riwayat al-Tirmidhī, no. 3510)
"Apabila kamu melewati taman-taman syurga, maka berhentilah dan singgahlah di situ."
Para sahabat bertanya: “Apakah taman-taman syurga itu?”
Baginda menjawab: “Majlis-majlis zikir.”
Maksud zikir di sini termasuk halaqah ilmu, tazkirah, pengajian dan majlis yang mengingatkan kepada Allah dan akhirat.
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ.
(Riwayat Muslim, no. 2699)
"Tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut mereka dalam kalangan makhluk di sisi-Nya."
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ.
(Riwayat Muslim, no. 2699)
"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
Berkawan dengan orang soleh
Sahabat yang baik akan mengingatkan kita kepada Allah, membangkitkan semangat untuk berubah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“الرجل على دين خليله، فلينظر أحدكم من يخالل”
“Seseorang itu berada atas agama sahabat karibnya, maka lihatlah dengan siapa dia bersahabat.”
(Riwayat Abu Dawud, no. 4833 – hasan)
Taubat yang sungguh-sungguh
Letakkan taubat sebagai pintu masuk kepada perubahan jiwa.
﴿إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ﴾
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.”
(Surah al-Baqarah, 2:222)
Amalan Harian untuk Menjaga Hati Agar Tetap Hidup
Waktu
Amalan
Sebelum Subuh
Qiyamullail, istighfar, doa dan tadabbur ayat-ayat awal (contoh: al-Zalzalah, al-Ikhlas)
Selepas Subuh
Zikir pagi (dari al-Ma’thurat atau hadis sahih), baca al-Qur’an 1–2 halaman
Antara Zohor dan Asar
Baca 1 ayat al-Qur’an berserta tafsirnya dan renungi maksudnya secara ringkas
Selepas Maghrib
Hadiri kuliah atau dengar ceramah ilmu, zikir petang
Sebelum tidur
Muhasabah diri, taubat, istighfar, baca Surah al-Mulk, doa tidur
Justeru, jangan tunggu esok!
Manusia, Nafsu, Dunia dan Syaitan telah banyak mencuri masadan kehidupan daripada akhirat, jangan tunggu esok untuk kembali. Hati ini akan mati jika tidak disiram dengan zikrullah, ilmu dan amal. Jangan biarkan kesibukan menjadi alasan kerana kelak di akhirat, alasan tidak akan menyelamatkan kita. Jadikanlah setiap hari sebagai peluang untuk menghidupkan kembali hati yang semakin lemah. Kuatkan semula hubungan kita dengan Allah Ta‘ala sebelum tiba hari di mana tidak ada lagi peluang untuk kembali.
﴿يَـٰحَسۡرَةً عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ﴾
“Alangkah ruginya aku terhadap kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah.”
(Surah Az-Zumar, 39:56)
ABi