Koleksi ABi
Tafsir dan tadabbur Surah Al Alaq 9-14
“Khabarkanlah pada Ku wahai Muhammad tentang sipendosa itu yang cuba menghalang seorang hamba dari hamba-hamba Allah dari sembahyangnya. Alangkah rendahnya aqalnya dan kejinya perbuatannya itu”.
Tafsir dan Tadabbur Surah Al ‘Alaq 9-14
(Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an” oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tafsir Ibnu Katsir dan Safwatu At Tafaasir oleh As Sabouni)
Ayat 9 - 14
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَىٰ ﴿٩﴾ عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰ ﴿١٠﴾
“Khabarkanlah pada Ku wahai Muhammad tentang sipendosa itu yang cuba menghalang seorang hamba dari hamba-hamba Allah dari sembahyangnya. Alangkah rendahnya aqalnya dan kejinya perbuatannya itu”.
Ayat ini merupakan satu celaan dan hairan terhadap keadaan Abu Jahal, seorang yang melampaui batas ketika mana ia berkata dengan sombong, “ Kalaulah aku melihat Muhammad bersembahyang nescaya aku pijak atas tengkuknya!”.
Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah RA berkata:
قَالَ أَبُو جَهْلٍ هَلْ يُعَفِّرُ مُحَمَّدٌ وَجْهَهُ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ قَالَ فَقِيلَ نَعَمْ فَقَالَ وَاللَّاتِ الْعُزَّى لَئِنْ رَأَيْتُهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لَأَطَأَنَّ عَلَى رَقَبَتِهِ أَوْ لَأُعَفِّرَنَّ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ قَالَ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَلِّي زَعَمَ لِيَطَأَ عَلَى رَقَبَتِهِ قَالَ فَمَا فَجِئَهُمْ مِنْهُ إِلَّا وَهُوَ يَنْكُصُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَيَتَّقِي بِيَدَيْهِ قَالَ فَقِيلَ لَهُ مَا لَكَ فَقَالَ إِنَّ بَيْنِي وَبَيْنَهُ لَخَنْدَقًا مِنْ نَارٍ وَهَوْلًا وَأَجْنِحَةً فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ دَنَا مِنِّي لَاخْتَطَفَتْهُ الْمَلَائِكَةُ عُضْوًا عُضْوًا
( رواه مسلم ، ٥٠٠٥)
Abu Jahal berkata: Apakah Muhammad menundukkan wajahnya (di tanah) di tengah-tengah kamu? Ada yang menjawab: Ya. Ia berkata: Demi Lata dan Uzzah, bila aku melihatnya melakukan seperti itu, aku akan menginjak lehernya atau aku akan benamkan wajahnya di tanah. Abu Hurairah berkata: Ia kemudian mendatangi Rasulullah ﷺ saat Baginda tengah salat, ia hendak menginjak leher Baginda. Tidak ada yang mengejutkan mereka selain ia (Abu Jahal) mundur dan melindungi diri dengan tangan. Ada yang bertanya padanya: Kamu kenapa? Ia menjawab: Antara aku dan dia ada parit dari api, huru hara dan banyak sayap. Rasulullah ﷺ bersabda: Andai ia mendekatiku, malaikat akan menyambar anggota badannya satu per satu.
(HR Muslim,5005)
Antara sifat penentang agama ialah menghalang-halang manusia dari jalan Allah, (الذي ينهى عبدا إذا صلى):
Firman Allah ta’ala:
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ﴿ابراهيم: ٣﴾
(iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.
(Ibrahim : 3)
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ ﴿هود: ١٩﴾
(iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya) jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat.
(Hud : 19)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا ﴿النساء: ٦١﴾
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
(An Nisaa' : 61)
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
﴿التوبة: ٦٧﴾
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.
(At Taubah : 67)
أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَىٰ ﴿١١﴾
“Khabarkanlah pada Ku, kalaulah hamba yang salat ini iaitu Rasulullah ﷺ adalah seorang yang saleh mendapat petunjuk atas Jalan Yang Lurus pada perkataannya dan perbuatannya”. Ayat ini ditujukan kepada Abu Jahal.
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَىٰ ﴿١٢﴾
“Atau dia seorang yang menyuruh kepada ketaqwaan dengan keikhlasan dan tauhid, menyeru kepada petunjuk Allah, maka bagaimanakah boleh kamu mahu menegah dan menghalangnya dari salat. Alangkah menghairankan sikap itu!.”
Para pendakwah mestilah sentiasa berada dalam petunjuk ( على الهدى) dan mengajak kepada ketaqwaan ( أمر بالتقوى )
Firman Allah ta’ala:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿فصلت: ٣٣﴾
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"
(Fussilat : 33)
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿المائدة: ٢﴾
Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(Al Maidah : 2)
Kemudian Allah ta’ala berfirman lagi ditujukan kepada Rasulullah ﷺ :
أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿١٣﴾
Khabarkanlah kepadaKu wahai Muhammad! Kalaulah sipelampau itu mendustai Al Quran dan berpaling dari keimanan
Di antara juga sifat dan sikap penentang agama Allah ta’ala, mendustai ( كذّب ) dan berpaling ( تولّى ):
وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿٣٢﴾ ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰ أَهْلِهِ يَتَمَطَّىٰ ﴿٣٣﴾
tetapi ia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),(32) kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak (sombong).(33)
(Al Qiyamah : 32-33)
إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ﴿طه: ٤٨﴾
Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahwa siksa itu (ditimpakan) atas orang-orang yang mendustakan dan berpaling.
(Thahaa : 48)
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ ﴿١﴾ فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ ﴿٢﴾ وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ ﴿٣﴾
﴿الماعون: ١-٣﴾
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?(1) Itulah orang yang menghardik anak yatim,(2) dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.(3)
(Al Ma’un : 1-3)
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
( رواه البخري ،٦٧٣٧ )
“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Baginda ﷺ bersabda, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga, barangsiapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“
(HR Bukhari, 6737)
أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ ﴿١٤﴾
Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah ta’ala itu Maha Mengetahui keadaannya itu, mengawasi perilakunya dan akan membalasi segala perbuatannya itu? Celakalah dan alangkah jahil dan bodohnya ia!
Ayat ini berupa amaran dan ancaman kepada golongan yang mendustai Rasul dan berpaling. Namun ianya menjadi penyembuh kepada hati-hati ada sifat itu kerana dengan mengetahui, menyedari dan meyakini Allah ta’ala sentiasa melihat dan mengawasi perbuatan hamba ianya akan dapat membuang segala sifat keangkuhan dalam hati.
Kaitan dengan Nama Allah – البصير (al-Baṣīr)
Allah Ta‘ala memperkenalkan diri-Nya dengan nama البصير (al-Baṣīr)– Yang Maha Melihat.
Ilmu dan penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu:
Allah melihat apa yang tersembunyi di hati, gerakan kecil yang tidak dilihat manusia, bahkan lintasan fikiran yang belum terzahir.
Pengawasan yang berterusan:
Tidak ada tempat yang tersembunyi dari penglihatan Allah – sama ada di dalam gelap, di balik dinding, atau dalam kesendirian.
Penawar bagi kesombongan dan keangkuhan:
Seorang hamba yang yakin Allah Maha Melihat tidak akan meninggi diri. Dia tahu bahawa segala amalnya, baik kata-kata, tindak-tanduk atau niat hatinya sentiasa dalam pengawasan Allah. Kesombongan lahir daripada rasa lupa bahawa Allah sedang melihat.
Menghindari perbuatan melampaui batas (ṭughyān):
Orang yang merasa bebas tanpa pengawasan akan mudah menzalimi dan melampaui batas. Namun, jika dia benar-benar sedar Allah sentiasa melihat, dia akan berhenti daripada keburukan dan tunduk pada kebenaran.
Melahirkan sifat tawāḍu‘ dan muraqabah:
Keyakinan bahawa Allah Maha Melihat akan membentuk hati yang rendah diri, penuh muraqabah (kesedaran bahawa Allah mengawasi), serta menjauhi riya’ dan ujub.
Apabila seorang hamba mengenali Allah sebagai al-Baṣīr, hatinya akan sentiasa hidup dengan muraqabah, lidahnya terjaga daripada kesombongan, dan tindakannya terkawal daripada melampaui batas.
Banyak lagi Asmā’ al-Ḥusnā lain yang saling menguatkan makna pengawasan Allah terhadap hamba-Nya, sekali gus menjadi penawar bagi penyakit kesombongan, keangkuhan, dan melampaui batas (طغيان).
1. ٱلْعَلِيم (al-‘Alīm – Maha Mengetahui)
Allah bukan sekadar melihat, tetapi mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi.
Firman-Nya:
﴿ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا ﴾ (النساء: 35(
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”
Mengingatkan manusia bahawa kesombongan hati pun diketahui oleh Allah.
2. ٱلْخَبِير (al-Khabīr – Maha Mengetahui secara mendalam)
Menunjukkan Allah mengetahui segala urusan dengan detail, termasuk yang halus dan tersembunyi.
Firman-Nya:
﴿ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴾ (الأنعام: 103(
“Dan Dialah Yang Maha Halus Pengetahuan-Nya lagi Maha Mengetahui dengan mendalam.”
Memberi kesedaran bahawa keangkuhan batin tidak terlepas daripada ilmu Allah.
3. ٱلسَّمِيع (as-Samī‘ – Maha Mendengar)
Allah mendengar bisikan hati dan kata-kata lisan.
Firman-Nya:
﴿ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴾ (الإسراء: 1(
“Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Mengingatkan bahawa selain melihat, Allah juga mendengar hujah angkuh manusia.
4. ٱلرَّقِيب (ar-Raqīb – Maha Mengawasi)
Menegaskan sifat pengawasan Allah terhadap seluruh makhluk.
Firman-Nya:
﴿ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا ﴾ (النساء: 1(
“Sesungguhnya Allah sentiasa Mengawasi kamu.”
Penawar bagi manusia yang merasa bebas berbuat sesuka hati.
5. ٱلشَّهِيد (ash-Shahīd – Maha Menyaksikan)
Allah menjadi saksi atas semua perbuatan manusia, tiada yang terlepas.
Firman-Nya:
﴿ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴾ (الحج: 17(
“Sesungguhnya Allah menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”
Menafikan kesombongan kerana semua akan dipersaksikan pada hari akhirat.
6. ٱلْحَفِيظ (al-Ḥafīẓ – Maha Memelihara)
Allah memelihara dan menghitung setiap amal.
Firman-Nya:
﴿ إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ ﴾ (الطارق: 4(
“Tidak ada satu jiwa pun melainkan ada penjaga atasnya.”
Mengingatkan bahawa amal angkuh tidak akan hilang begitu saja, semuanya direkodkan.
Gabungan nama-nama ini: al-Baṣīr, al-‘Alīm, al-Khabīr, as-Samī‘, ar-Raqīb, ash-Shahīd, al-Ḥafīẓ membina muraqabah dalam diri seorang mukmin.
Bila dia yakin Allah melihat, dia tunduk.
Bila dia yakin Allah mendengar, dia jaga lidah.
Bila dia yakin Allah mengetahui, dia jaga hati.
Bila dia yakin Allah mengawasi dan menyaksikan, dia berhenti daripada melampaui batas.
Hikmah tarbawi
Punca kufur dan keberanian melawan agama ialah lalai daripada muraqabah Allah Taʿala (kesedaran bahawa Allah Maha Melihat).
Bila seseorang lupa bahawa Allah melihat, dia berani:
Menghalang orang bersolat.
Menghalang orang menyampaikan hidayah dan taqwa.
Mendustakan risalah.
Berpaling daripada kebenaran.
Penawar kufur
Mengingat dan menghayati pengawasan Allah Taʿala adalah penawar paling asas.
Bila hati hidup dengan muraqabah, ia tidak sanggup melawan syi‘ar Allah, apatah lagi menghalang orang yang mahu tunduk kepadaNya.
Inilah maksud besar penutup surah: ubat segala kesombongan, kekufuran, dan permusuhan terhadap agama adalah kembali kepada kesedaran bahawa Allah sentiasa melihat.
Top of Form
Bottom of Form