Koleksi ABi

Tafsir dan tadabbur Surah Al Alaq 9-14

Tafsir dan Tadabbur Surah Al ‘Alaq 9-14 (Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an” oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tafsir Ibnu Katsir dan Safwatu At Tafaasir oleh As…

Tafsir dan Tadabbur Surah Al ‘Alaq 9-14
(Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an” oleh Sheikh Abdullah
Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tafsir Ibnu Katsir dan Safwatu At
Tafaasir oleh As Sabouni)

Ayat 9 - 14
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى ﴿٩﴾ عَبْدًا إِذَا صَلَّى ﴿٠١﴾

Khabarkanlah pada Ku wahai Muhammad tentang sipendosa itu yang cuba menghalang
seorang hamba dari hamba-hamba Allah dari sembahyangnya. Alangkah rendahnya aqalnya
dan kejinya perbuatannya itu”.

Ayat ini merupakan satu celaan dan hairan terhadap keadaan Abu Jahal, seorang yang
melampaui batas ketika mana ia berkata dengan sombong, “ Kalaulah aku melihat
Muhammad bersembahyang nescaya aku pijak atas tengkuknya!”.

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah RA berkata:

قَالَ أَبُو جَهْلٍ هَلْ يُعَف ِرُ مُحَمَّدٌ وَجْهَهُ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ قَالَ فَقِيلَ نَعَمْ فَقَالَ وَاللََّّتِ الْعُزَّى لَ ئِنْ رَأَيْتُهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لَََطَأَنَّ عَلَى رَقَبَتِهِ
أَوْ لََُعَف ِرَنَّ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ قَالَ فَأَتَى رَسُولَ اللَِّّ صَلَّى اللَُّّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَل ِي زَعَمَ لِيَطَأَ عَلَى رَقَبَتِهِ قَالَ فَمَا فَجِئَهُمْ
مِنْهُ إِلََّّ وَهُوَ يَنْكُصُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَيَتَّقِي بِيَدَيْهِ قَالَ فَقِيلَ لَهُ مَا لَكَ فَقَالَ إِنَّ بَيْنِي وَبَيْ نَهُ لَخَنْدَقًا مِنْ نَارٍ وَهَوْلًَّ وَأَجْنِحَةً فَقَالَ
رَسُولُ اللَِّّ صَلَّى اللَُّّ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ دَنَا مِن ِي لََّخْتَطَفَتْهُ الْمَلََّئِكَةُ عُضْوًا عُضْوًا
( رواه مسلم ، ٥٠٠٥)
Abu Jahal berkata: Apakah Muhammad menundukkan wajahnya (di tanah) di tengah-tengah
kamu? Ada yang menjawab: Ya. Ia berkata: Demi Lata dan Uzzah, bila aku melihatnya
melakukan seperti itu, aku akan menginjak lehernya atau aku akan benamkan wajahnya di
tanah. Abu Hurairah berkata: Ia kemudian mendatangi Rasulullah ﷺ saat Baginda tengah
salat, ia hendak menginjak leher Baginda. Tidak ada yang mengejutkan mereka selain ia
(Abu Jahal) mundur dan melindungi diri dengan tangan. Ada yang bertanya padanya: Kamu
kenapa? Ia menjawab: Antara aku dan dia ada parit dari api, huru hara dan banyak sayap.
Rasulullah ﷺ bersabda: Andai ia mendekatiku, malaikat akan menyambar anggota badannya
satu per satu.
(HR Muslim,5005)

Antara sifat penentang agama ialah menghalang-halang manusia dari jalan Allah, (الذي ينهى
عبدا صلى) :

Firman Allah ta’ala:

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْْخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا أُولَ ـ ئِكَ فِي ضَلََّلٍ بَعِيدٍ ﴿ابراهيم: ٣﴾
(iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan
menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu
bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.
(Ibrahim : 3)

الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْْخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ ﴿هود ٩١﴾
(iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya)
jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari
akhirat.
(Hud : 19)

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا ﴿ النساء: ١٦﴾
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah
turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi
(manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
(An Nisaa' : 61)

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِ ن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ
الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
﴿التوبة: ٧٦﴾
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah
sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan
mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah
melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.
(At Taubah : 67)


أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَى ﴿١١﴾

Khabarkanlah pada Ku, kalaulah hamba yang salat ini iaitu Rasulullah ﷺ adalah seorang
yang saleh mendapat petunjuk atas Jalan Yang Lurus pada perkataannya dan perbuatannya”.
Ayat ini ditujukan kepada Abu Jahal.

أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى ﴿٢١﴾

Atau dia seorang yang menyuruh kepada ketaqwaan dengan keikhlasan dan tauhid, menyeru
kepada petunjuk Allah, maka bagaimanakah boleh kamu mahu menegah dan menghalangnya
dari salat. Alangkah menghairankan sikap itu!.”

Para pendakwah mestilah sentiasa berada dalam petunjuk ( على الهدىdan mengajak kepada
ketaqwaan ( أمر بالتقوى )

Firman Allah ta’ala:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًَّ مِ مَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿فصلت ٣٣﴾
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
menyerah diri?"
(Fussilat : 33)

وَلََّ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِ وَ التَّقْوَى وَلََّ تَعَاوَنُوا عَلَى الِْْثْمِ
وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿المائدة: ٢﴾
Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-
halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan
tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(Al Maidah : 2)


Kemudian Allah ta’ala berfirman lagi ditujukan kepada Rasulullah ﷺ :

أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى ﴿٣١﴾
Khabarkanlah kepadaKu wahai Muhammad! Kalaulah sipelampau itu mendustai Al Quran
dan berpaling dari keimanan

Di antara juga sifat dan sikap penentang agama Allah ta’ala, mendustai ( كذّب dan berpaling
( تولّى ):

وَلَـ كِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى ﴿ ٢٣﴾ ثُمَّ ذَهَبَ إِلَى أَهْلِهِ يَتَمَطَّى ﴿ ٣٣﴾
tetapi ia mendustakan (Rasul) dam berpaling (dari kebenaran),(32) kemudian ia pergi kepada
ahlinya dengan berlagak (sombong).(33)
(Al Qiyamah : 32-33)

إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَى مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّى ﴿طه ٨٤﴾
Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahwa siksa itu (ditimpakan) atas orang-orang
yang mendustakan dan berpaling.
(Thahaa : 48)

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِ بُ بِالدِ ينِ ﴿ ١﴾ فَذَ لِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ ﴿ ٢﴾ وَلََّ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ ﴿ ٣﴾
﴿الماعون: ١-٣﴾
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?(1) Itulah orang yang menghardik anak
yatim,(2) dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.(3)
(Al Ma’un : 1-3)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلََّّ مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَِّّ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَ لَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
( رواه البخري ،٧٣٧٦ )
Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya.
Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ?
Baginda ﷺ bersabda, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga, barangsiapa tidak taat
kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“
(HR Bukhari, 6737)


أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ اللََّّ يَرَى ﴿٤١﴾

Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah ta’ala itu Maha Mengetahui keadaannya itu,
mengawasi perilakunya dan akan membalasi segala perbuatannya itu? Celakalah dan
alangkah jahil dan bodohnya ia!

Ayat ini berupa amaran dan ancaman kepada golongan yang mendustai Rasul dan berpaling.
Namun ianya menjadi penyembuh kepada hati-hati ada sifat itu kerana dengan mengetahui,
menyedari dan meyakini Allah ta’ala sentiasa melihat dan mengawasi perbuatan hamba ianya
akan dapat membuang segala sifat keangkuhan dalam hati.

Kaitan dengan Nama Allah – البصير al-Baṣīr)
Allah Ta‘ala memperkenalkan diri-Nya dengan nama البصير al-Baṣīr)– Yang Maha
Melihat.

  • Ilmu dan penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu:

Allah melihat apa yang tersembunyi di hati, gerakan kecil yang tidak dilihat manusia,
bahkan lintasan fikiran yang belum terzahir.

  • Pengawasan yang berterusan:

Tidak ada tempat yang tersembunyi dari penglihatan Allah – sama ada di dalam gelap,
di balik dinding, atau dalam kesendirian.

  1. Penawar bagi kesombongan dan keangkuhan:

Seorang hamba yang yakin Allah Maha Melihat tidak akan meninggi diri. Dia tahu
bahawa segala amalnya, baik kata-kata, tindak-tanduk atau niat hatinya sentiasa dalam
pengawasan Allah. Kesombongan lahir daripada rasa lupa bahawa Allah sedang
melihat.

  1. Menghindari perbuatan melampaui batas (ṭughyān):

Orang yang merasa bebas tanpa pengawasan akan mudah menzalimi dan melampaui

batas. Namun, jika dia benar-benar sedar Allah sentiasa melihat, dia akan berhenti
daripada keburukan dan tunduk pada kebenaran.

  1. Melahirkan sifat tawāḍu‘ dan muraqabah:

Keyakinan bahawa Allah Maha Melihat akan membentuk hati yang rendah diri, penuh
muraqabah (kesedaran bahawa Allah mengawasi), serta menjauhi riya’ dan ujub.
Apabila seorang hamba mengenali Allah sebagai al-Baṣīr, hatinya akan sentiasa hidup
dengan muraqabah, lidahnya terjaga daripada kesombongan, dan tindakannya terkawal
daripada melampaui batas.
Banyak lagi Asmā’ al-Ḥusnā lain yang saling menguatkan makna pengawasan Allah
terhadap hamba-Nya, sekali gus menjadi penawar bagi penyakit kesombongan,
keangkuhan, dan melampaui batas (طغيان).

  1. ٱلْعَلِيم al-‘Alīm – Maha Mengetahui)
  • Allah bukan sekadar melihat, tetapi mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi.
  • Firman-Nya:

﴿ إِنَّ اللََّّ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا ﴾ (النساء 35(
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”

  • Mengingatkan manusia bahawa kesombongan hati pun diketahui oleh Allah.
  1. ٱلْخَبِير al-Khabīr – Maha Mengetahui secara mendalam)
  • Menunjukkan Allah mengetahui segala urusan dengan detail, termasuk yang halus

dan tersembunyi.

  • Firman-Nya:

﴿ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴾ (الَنعام 103(
“Dan Dialah Yang Maha Halus Pengetahuan-Nya lagi Maha Mengetahui dengan
mendalam.”

  • Memberi kesedaran bahawa keangkuhan batin tidak terlepas daripada ilmu Allah.
  1. ٱلسَّمِيع as-Samī‘ – Maha Mendengar)
  • Allah mendengar bisikan hati dan kata-kata lisan.
  • Firman-Nya:

﴿ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴾ (الْسراء: 1(
“Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

  • Mengingatkan bahawa selain melihat, Allah juga mendengar hujah angkuh manusia.
  1. ٱلرَّقِيب ar-Raqīb – Maha Mengawasi)
  • Menegaskan sifat pengawasan Allah terhadap seluruh makhluk.
  • Firman-Nya:

﴿ إِنَّ اللََّّ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا ﴾ (النساء 1(
“Sesungguhnya Allah sentiasa Mengawasi kamu.”

  • Penawar bagi manusia yang merasa bebas berbuat sesuka hati.
  1. ٱلشَّهِيد ash-Shahīd – Maha Menyaksikan)
  • Allah menjadi saksi atas semua perbuatan manusia, tiada yang terlepas.
  • Firman-Nya:

﴿ إِنَّ اللََّّ عَلَى كُل ِ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴾ (الحج 17(
“Sesungguhnya Allah menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”

  • Menafikan kesombongan kerana semua akan dipersaksikan pada hari akhirat.
  1. ٱلْحَفِيظ al-Ḥafīẓ – Maha Memelihara)
  • Allah memelihara dan menghitung setiap amal.
  • Firman-Nya:

﴿ إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ ﴾ (الطارق 4(
“Tidak ada satu jiwa pun melainkan ada penjaga atasnya.”

  • Mengingatkan bahawa amal angkuh tidak akan hilang begitu saja, semuanya

direkodkan.
Gabungan nama-nama ini: al-Baṣīr, al-‘Alīm, al-Khabīr, as-Samī‘, ar-Raqīb, ash-Shahīd,
al-Ḥafīẓ membina muraqabah dalam diri seorang mukmin.

  • Bila dia yakin Allah melihat, dia tunduk.
  • Bila dia yakin Allah mendengar, dia jaga lidah.
  • Bila dia yakin Allah mengetahui, dia jaga hati.
  • Bila dia yakin Allah mengawasi dan menyaksikan, dia berhenti daripada melampaui

batas.

HIKMAH TARBAWI

  • Punca kufur dan keberanian melawan agama ialah lalai daripada muraqabah

Allah Taʿala (kesedaran bahawa Allah Maha Melihat).

  • Bila seseorang lupa bahawa Allah melihat, dia berani:

o Menghalang orang bersolat.
o Menghalang orang menyampaikan hidayah dan taqwa.
o Mendustakan risalah.
o Berpaling daripada kebenaran.
PENAWAR KUFUR

  • Mengingat dan menghayati pengawasan Allah Taʿala adalah penawar paling asas.
  • Bila hati hidup dengan muraqabah, ia tidak sanggup melawan syi‘ar Allah, apatah lagi

menghalang orang yang mahu tunduk kepadaNya.

  • Inilah maksud besar penutup surah: ubat segala kesombongan, kekufuran, dan

permusuhan terhadap agama adalah kembali kepada kesedaran bahawa Allah
sentiasa melihat.

Apa yang ingin anda pelajari?

Tekan Esc untuk tutup · Ctrl / Cmd + K untuk buka