Koleksi ABi
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 7 (سورة يس
Huraian Mufassir: • Imam al-Qurtubi menyatakan perkataan “نَسْلَخ ُbermaksud “menarik keluar” siang daripada malam seumpama menanggalkan kulit dari binatang, menunjukkan ketelitian dan keteraturan. • Al-Razi menyebut pergantian…
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 7 (سورة يس
Rujukan kitab Tafsir Sofwatu Tafaasir, Tafsir Qurtubi dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian al-Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM)
Surah Yaa Siin ( ayat 37-40)
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٧٣﴾
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang
daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; (37)
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَر ٍّ لَّهَا ۚ ذََٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿٨٣﴾
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang
ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38)
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىَٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ ﴿٩٣﴾
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering. (39)
لََ الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلََ اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍّ يَسْبَحُونَ ﴿٠٤﴾
Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edarannya masing-masing. (40)
Tafsir dan tadabbur
Ayat 37 – Malam dan siang sebagai tanda kekuasaan Allah
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٧٣﴾
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang
daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; (37)
Huraian Mufassir:
- Imam al-Qurtubi menyatakan perkataan “نَسْلَخ ُbermaksud “menarik keluar” siang
daripada malam seumpama menanggalkan kulit dari binatang, menunjukkan ketelitian
dan keteraturan.
- Al-Razi menyebut pergantian siang dan malam adalah sistem tetap dan bukti
wujudnya pengatur alam.
- As Sabouni menyatakan sebagai bukti kekuasaan -Nya, Allah menyebutkan malam
yang menjadi gelap setelah terbenamnya siang, seakan -akan siang itu "disingkapkan"
dari malam. Ini adalah tanda kekuasaan Allah yang menundukkan alam semesta untuk
keseimbangan hidup manusia.
Pengajaran untuk Usrah:
- Pergantian siang malam adalah aturan Allah untuk kemaslahatan hidup manusia.
- Tanda bahawa manusia perlu berfikir dan menyedari kekuasaan Allah dalam kejadian
harian.
Ayat 38 – Matahari berjalan di atas takdir Allah
"وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَر ٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ "
Matahari beredar pada orbitnya hingga waktu yang telah ditentukan. Allah menyebut ini
sebagai ketetapan -Nya yang penuh hikmah, menunjukkan Allah sebagai Zat Yang Maha
Perkasa dan Maha Mengetahui segala perincian ciptaan-Nya.
Huraian Mufassir:
- Al-Qurtubi dan Ibn Kathir menyebut mustaqarr di sini ialah waktu dan tempat
tertentu, sama ada tempat terbenam harian atau penghujung peredarannya di akhirat.
- As Sabouni menyebut bahawa matahari beredar pada orbitnya hingga waktu yang
telah ditentukan. Allah menyebut ini sebagai ketetapan-Nya yang penuh hikmah,
menunjukkan Allah sebagai Zat Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui segala
perincian ciptaan-Nya.
Pengajaran untuk Usrah:
- Allah mengatur seluruh peredaran langit dengan penuh kekuasaan dan ilmu.
- Kita juga perlu hidup mengikut aturan syariat.
Ayat 39 – Bulan dalam fasa-fasa teratur sebagai penentu waktu
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىَٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ ﴿٩٣﴾
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering. (39)
Huraian Mufassir:
- As Sabouni menjelaskan bahawa Allah menetapkan perjalanan bulan melalui fasa-fasa
tertentu, dari awal bulan hingga purnama, kemudian ia kembali mengecil seperti tandan
kurma yang tua dan melengkung. Perubahan ini menjadi tanda kekuasaan Allah dalam
menentukan waktu dan kalender untuk manusia.
- Tafsir al-Tabari menyatakan ayat ini menggambarkan fasa-fasa perubahan bulan
sebagai sistem untuk mengira waktu.
- As-Sa‘di menegaskan hikmah syariah seperti takwim dan ibadah berkait dengan fasa
bulan.
Pengajaran untuk Usrah:
- Masa adalah ciptaan Allah; jangan disia-siakan.
- Islam mensyariatkan penggunaan kalendar Hijriyyah yang berpandukan bulan.
Ayat 40 – Ketetapan sistem langit yang penuh keseimbangan
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edarannya masing-masing. (40)
Huraian Mufassir:
- Menurut al-Qurtubi, ayat ini menegaskan bahawa matahari dan bulan masing-masing
mempunyai orbit dan peranan tersendiri yang tidak saling bertindih. Matahari tidak
mungkin mengejar bulan, dan malam tidak akan mendahului siang. Semua benda langit
bergerak dalam orbitnya denga n teratur, menunjukkan kebijaksanaan dan kekuasaan
Allah ta’ala dalam mengatur alam semesta.
- As Sabouni menjelaskan bahawa Allah menegaskan keteraturan dalam ciptaan -Nya.
Matahari tidak mungkin mengejar bulan, dan malam tidak mendahului siang. Semua
bergerak dalam orbit masing-masing sesuai dengan ketetapan Allah. Ini menunjukkan
keseimbangan dan harmoni ciptaan Allah dalam alam semesta.
Pengajaran untuk Usrah:
- Allah mendidik prinsip tertib dan tugas masing-masing.
- Dalam masyarakat, setiap orang ada fungsi, dan tidak boleh saling mengambil alih
secara salah.
Kesimpulan untuk Usrah:
Ayat-ayat ini bukan hanya tentang langit, tetapi tentang aturan, taat dan hikmah. Jika
seluruh langit tunduk kepada perintah Allah, mengapa manusia ada yag kufur dan engkar
kepadaNya?
﴿إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالَْْرْضِ وَٱخْتِلََفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لََيَاتٍٍّۭ لْ ُِوْلِى ٱلَْْلْبَـَٰبِ﴾
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, terdapat
tanda-tanda bagi orang yang berakal.”
(Ali 'Imran: 190)