Koleksi ABi
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 5 (سورة يس)
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 5 (سورة يس)
(Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan Tafsir Pimpinan ArRahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM)
Ayat 20-30
وَجَاءَ مِنْ أقَْصَى الْمَدِينةَِ رَجُلٌ يسَْعىَٰ قاَلَ ياَ قَوْمِ اتبَِّعوُا الْمُرْسَلِينَ ﴿٢٠﴾
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul
itu - (20)
اتبَّعِوُا مَن لََّّ يسَْألَُكمُْ أجَْرًا وَهمُ مُّهْتدَُونَ﴿٢١﴾
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". (21)
وَمَا لِيَ لََّ أعَْبدُُ الَّذِي فطََرَنيِ وَإلَِيْهِ ترُْجَعوُنَ ﴿ ٢٢﴾
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya):
"Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah
(aku dan) kamu semua akan dikembalikan? (22)
أأَتَخَِّذُ مِن دُونهِِ آلِهَةً إنِ يرُِدْنِ الرَّحْمَـٰنُ بِضُ ٍّر لََّّ تغُْنِ عَنٍِّي شَفاَعَتهُُمْ شَيْئاً وَلََّ ينُقِذوُنِ ﴿٢٣﴾
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. (23)
إنٍِّيِ إذِاً لفَِّي ضَلََ ل مُّبيِن ﴿ ٢٤﴾
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. (24)
إنٍِّيِ آمَنتُ برَِ ٍّبِكمُْ فاَسْمَعُونِ ﴿٢٥﴾
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",. (25)
قيِلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ قاَلَ يَا ليَْتَ قَوْمِي يعَْلمَُونَ ﴿ ٢٦﴾
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata;
"Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui - (26)
بمَِا غَفرََ لِي رَ ٍّبيِ وَجَعلََنيِ مِنَ الْمُكْرَمِينَ ﴿٢٧﴾
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan". (27)
وَمَا أنَزَلْناَ عَلىَٰ قوَْمِهِ مِن بعَْدِهِ مِن جُند ٍّمِنَ السَّمَاءِ وَمَا كنُاَّ مُنزِلِينَ ﴿ ٢٨﴾
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. (28)
إنِ كَانتَْ إِلََّّ صَيْحَةً وَاحِدَةً فإَِذاَ همُْ خَامِدُونَ ﴿٢٩﴾
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. (29)
ياَ حَسْرَةً عَلىَ الْعِباَدِ ۖ مَا يَأتْيِهِم ٍّمِن رَّسوُ ل إلََِّّ كَانوُا بهِِ يسَْتهَْزِئوُنَ ﴿ ٣٠﴾
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengengkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya. (30)
Tafsir dan tadabbur
وجاء من أقصى المدينة رجل يسعىAyat:
Maksudnya: “Dan datanglah seorang lelaki dari bahagian terjauh kota dengan berlari.” Lelaki ini adalah Habib an-Najjar.
Penjelasan dari Ibnu Kathir:
Penduduk kota tersebut merancang untuk membunuh para utusan yang diutuskan kepada mereka. Datanglah seorang lelaki dari bahagian terjauh kota, iaitu Habib an-Najjar, yang bekerja sebagai tukang tenun kain dan sering bersedekah dengan separuh daripada pendapatannya. Dia datang untuk menolong para utusan tersebut.
Penjelasan dari al-Qurtubi:
Habib adalah seorang yang menderita penyakit kusta dan tinggal di bahagian paling jauh dari kota. Beliau telah menyembah berhala selama tujuh puluh tahun dengan harapan mendapat rahmat, tetapi tidak pernah sembuh. Ketika dia melihat para utusan dan mendengar dakwah mereka kepada Allah, dia bertanya: “Adakah tanda kekuasaan yang dapat kamu tunjukkan?” Mereka menjawab bahawa mereka akan berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa untuk menyembuhkannya.
Setelah para utusan berdoa, penyakitnya sembuh dalam sekelip mata. Habib, yang begitu takjub, lalu beriman kepada Allah. Ketika penduduk kota berniat untuk membunuh para utusan,
Habib segera datang membela mereka dan berkata sebagaimana yang diceritakan dalam AlQuran, “Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan ini.”
يا قوم اتبعوا المرسلين Ayat:
Maknanya: Habib memanggil mereka untuk mengikut para utusan yang menyeru kepada tauhid. Dia menggunakan perkataan “Wahai kaumku” untuk mendekati hati mereka dan menunjukkan rasa kasih sayang dalam memberikan nasihat.
اتبعوا من لَّ يسألكم أجرا وهم مهتدونAyat Lanjutan:
Maksudnya: “Ikutilah mereka yang tidak meminta upah dari kamu dan mereka adalah orangorang yang mendapat petunjuk.” Dia menjelaskan bahawa para utusan itu ikhlas dan tidak mengharapkan balasan duniawi.
وما لي لَّ أعبد الذي فطرني وإليه ترجعونAyat Seterusnya:
Maknanya: Habib menunjukkan kebijaksanaan dalam memberi nasihat seolah-olah dia sedang menasihati dirinya sendiri, tetapi dengan lembut mengajak kaumnya untuk menyembah Allah yang menciptakan mereka.
أأتخذ من دونه آلهة Ayat:
Maksudnya: “Patutkah aku mengambil selain Allah sebagai tuhan?” Pertanyaan ini bersifat engkar dan mengecam tindakan menyembah berhala.
إن يردن الرحمن بضر لَّ تغن عني شفاعتهم شيئا Ayat:
Maksudnya: “Jika Allah hendak menimpakan keburukan kepadaku, sembahan-sembahan itu tidak dapat memberi manfaat atau menyelamatkan aku.”
إني إذا لفي ضلَل مبينAyat:
Maknanya: “Sesungguhnya jika aku menyembah selain Allah, aku benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
Ayat pengisytiharan keimanan Habib, setelah menyampaikan dakwahnya, Habib menyatakan imannya dengan tegas: {إني آمنت بربكم فاسمعون}
“Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan kalian, maka dengarkanlah.”
Para ulama menafsirkan bahawa setelah Habib menyatakan keimanan dan menasihati mereka, kaumnya bangkit melawannya dan membunuhnya dengan kejam.
قيل ادخل الجنة Ayat:
Maknanya: “Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga.” Allah memuliakan Habib dengan syurga sebagai balasan atas keimanan dan kesabarannya.
قال يا ليت قومي يعلمون بما غفر لي ربي وجعلني من المكرمينAyat:
Maknanya: Setelah Habib memasuki syurga dan melihat anugerah Allah, dia berharap kaumnya mengetahui keadaan indahnya, supaya mereka juga beriman dan mendapat ganjaran seperti dia.
Ayat ini merupakan hukuman bagi kaum yang engkar:
{ومآ أنزلنا على قومه من بعده من جند من السمآء}
Allah tidak menurunkan tentera dari langit untuk membinasakan kaumnya.
{إن كانت إلَّ صيحة واحدة فإذا هم خامدون}
Sebaliknya, “Tidak ada melainkan satu teriakan, lalu mereka pun mati.”
Para mufassir menjelaskan bahawa azab ini terjadi sebagai hukuman terhadap keengkaran mereka. Selepas kematian Habib, Allah memerintahkan malaikat Jibril untuk membinasakan mereka dengan satu teriakan, menjadikan mereka seperti api yang padam.
Nota Tambahan.
(1) Penggunaan kalimah (قولا) dalam Al Quran - Seni berbicara
قَوْ الا مَّعْرُوفاا = kata-kata yang baik
﴿البقرة: ٢٣٥﴾، ﴿النساء: ٥﴾، ا ﴿النساء: ٨﴾، ﴿الأحزاب: ٣٢﴾
قَوْ الا سَدِيداا = perkataan yang benar
﴿النساء: ٩﴾، ﴿الأحزاب: ٧٠﴾
قَوْ الا بَلِيغاا = perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. ،﴾٦٣ :النساء﴿
﴿الإسراء: ٢٣﴾ = perkataan yang mulia قَوْ الا كَرِي اما .4
﴿الإسراء: ٢٨﴾ = ucapan yang pantas قَوْ الا مَّيْسُو ارا .5
﴿الإسراء: ٤٠﴾ = kata-kata yang besar قَوْ الا عَظِي اما .6
قَوْ الا لَّ ِّيِناا. = kata-kata yang lemah lembut ﴾٤٤ :طه﴿
سَلََمٌ قَوْ الا ِّمِن رَّ ِّ ب رَّحِي م= "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang
﴿يس: ٥٨﴾
= Siapakah yang lebih baik وَمَنْ أحَْسَنُ قَوْ الا ِّمِمَّن دعََا إلِىَ اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِ احا وَقَالَ إِنَّنيِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ 9.
perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" ﴾٣٣ :فصلت﴿
- إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قوَْ الا ثقَِي الَ = Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. ﴾٥ :المزمل﴿
(2) Keikhlasan dalam perjuangan dakwah
وَيَا قَوْمِ لَا أسَْألَُكمُْ عَلَيْهِ مَا الا إنِْ أجَْرِيَ إلَِّا عَلىَ اللَّـهِ .. ﴿هود: ٢٩﴾
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah
(Hud: 29)
قلُْ مَا سَألَْتكُمُ ِّمِنْ أجَْ ر فَهُوَ لَكمُْ إنِْ أجَْرِيَ إلَِّا عَلىَ اللَّـهِ وَهُوَ عَلىَٰ ك ِّلُِ شَيْء شَهِيدٌ﴿ سبإ: ٤٧﴾
Katakanlah: "Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".
(Saba’: 47)
إنِْ أرُِيدُ إلَِّا الْإِصْلََحَ مَا اسْتطََعْتُ وَمَا توَْفِيقِي إلَِّا بِاللَّـهِ عَلَيْهِ توََكَّلْتُ وَإِليَْهِ أنُِيبُ ﴿هود: ٨٨﴾
Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan.
Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.
(Hud: 88)
(3) Ucapan Habib sama keadaan seperti Ashabul Kahfi ketika menyatakan keimanan
وَرَبَطْنَا عَلىَٰ قُلُوبِهِمْ إذِْ قَامُوا فقََالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأرَْضِ لنَ ندَّعُْوَ مِن دوُنِهِ إِ لَـٰ اها لَّقدَْ قُلْنَا إذِاا شَطَ اطا ﴿الكهف: ١٤﴾
Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
(Al Kahfi: 14)
وَمَنْ أحَْسَنُ قَوْ الا ِّمِمَّن دعََا إِلىَ اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِ احا وَقَالَ إِنَّنيِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴿ فصلت: ٣٣﴾
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
menyerah diri?"
(Fussilat: 33)
Qatadah mengatakan bahwa kaum lelaki itu (Habib) merejam lelaki itu dengan batu, sedangkan lelaki itu tiada hentinya mengucapkan doa berikut: "Ya Allah, berilah kaumku petunjuk, karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui, " hingga akhirnya lelaki itu terjatuh dan meninggal dunia.
Kewajipan berstiqamah sehingga saat kematian
إنَِّ الذَِّينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثمَُّ اسْتقََامُوا تتَنََزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلََئِكَةُ ألََّا تخََافُوا وَلَا تحَْ زَنُوا وَأبَْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتيِ كُنتمُْ توُعَدوُنَ
﴿فصلت: ٣٠﴾
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Fussilat: 33)
Justeru, menjadi satu pengajaran bahawa penyesalan di akhirat tidak berguna lagi
وَهمُْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أخَْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِ احا غَيْرَ الذَِّي كُنَّا نَعْمَلُ أوََلمَْ نُعَ ِّمِرْكمُ مَّا يَتذََكَّرُ فِيهِ مَن تذََكَّرَ وَجَاءَكمُُ النذَِّيرُ
فذَوُقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِي ر ﴿فاطر: ٣٧﴾
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(Fathir: 37)