Koleksi ABi
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 4 (سورة يس)
Ayat: وجاء من أقصى المدينة رجل يسعى Maksudnya: “Dan datanglah seorang lelaki dari bahagian terjauh kota dengan berlari.” Lelaki ini adalah Habib an-Najjar.
Nota Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 4 (سورة يس)
Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan Tafsir Pimpinan Ar -
Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM)
Ayat 20-30
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ ﴿ ٠٢﴾
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu
dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul
itu - (20)
اتَّبِعُوا مَن لََّّ يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ﴿ ١٢﴾
Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka
adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". (21)
وَمَا لِيَ لََّ أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿ ٢٢﴾
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya):
"Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah
(aku dan) kamu semua akan dikembalikan? (22)
أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَـٰنُ بِضُر ٍّ لََّّ تُغْنِ عَنٍِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلََّ يُنقِذُونِ ﴿٣٢﴾
Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut,
kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat
menyelamatkan daku. (23)
إِنٍِّي إِذًا لَّفِي ضَلََل مُّبِين ﴿ ٤٢﴾
Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam
kesesatan yang nyata. (24)
إِنٍِّي آمَنتُ بِرَبٍِّكُمْ فَاسْمَعُونِ ﴿ ٥٢﴾
Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",. (25)
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ ﴿ ٦٢﴾
Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata;
"Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui - (26)
بِمَا غَفَرَ لِي رَبٍِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ ﴿٧٢﴾
Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya
daku dari orang-orang yang dimuliakan". (27)
وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِن جُند مٍِّنَ السَّمَاءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ ﴿ ٨٢﴾
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera
dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. (28)
إِن كَانَتْ إِلََّّ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ ﴿٩٢﴾
Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan
serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. (29)
يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ ۖ مَا يَأْتِيهِم مٍِّن رَّسُول إِلََّّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ ﴿ ٠٣﴾
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengengkari
kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek
dan memperolok-olokkannya. (30)
Tafsir dan tadabbur
Ayat: وجاء من أقصى المدينة رجل يسعى
Maksudnya: “Dan datanglah seorang lelaki dari bahagian terjauh kota dengan berlari.” Lelaki
ini adalah Habib an-Najjar.
Penjelasan dari Ibnu Kathir:
Penduduk kota tersebut merancang untuk membunuh para utusan yang diutuskan kepada
mereka. Datanglah seorang lelaki dari bahagian terjauh kota, iaitu Habib an -Najjar, yang
bekerja sebagai tukang tenun kain dan sering bersedekah dengan separuh daripada
pendapatannya. Dia datang untuk menolong para utusan tersebut.
Penjelasan dari al-Qurtubi:
Habib adalah seorang yang menderita penyakit kusta dan tinggal di bahagian paling jauh dari
kota. Beliau telah menyembah berhala selama tujuh puluh tahun dengan harapan mendapat
rahmat, tetapi tidak pernah sembuh. Ketika dia melihat para utusan dan mendeng ar dakwah
mereka kepada Allah, dia bertanya: “Adakah tanda kekuasaan yang dapat kamu tunjukkan?”
Mereka menjawab bahawa mereka akan berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa untuk
menyembuhkannya.
Setelah para utusan berdoa, penyakitnya sembuh dalam sekelip mata. Habib, yang begitu
takjub, lalu beriman kepada Allah. Ketika penduduk kota berniat untuk membunuh para utusan,
Habib segera datang membela mereka dan berkata sebagaimana yang diceritakan da lam Al-
Quran, “Wahai kaumku, ikutlah utusan-utusan ini.”
Ayat: يا قوم اتبعوا المرسلين
Maknanya: Habib memanggil mereka untuk mengikut para utusan yang menyeru kepada
tauhid. Dia menggunakan perkataan “Wahai kaumku” untuk mendekati hati mereka dan
menunjukkan rasa kasih sayang dalam memberikan nasihat.
Ayat Lanjutan: اتبعوا من لَّ يسألكم أجرا وهم مهتدون
Maksudnya: “Ikutilah mereka yang tidak meminta upah dari kamu dan mereka adalah orang -
orang yang mendapat petunjuk.” Dia menjelaskan bahawa para utusan itu ikhlas dan tidak
mengharapkan balasan duniawi.
Ayat Seterusnya: وما لي لَّ أعبد الذي فطرني وإليه ترجعون
Maknanya: Habib menunjukkan kebijaksanaan dalam memberi nasihat seolah-olah dia sedang
menasihati dirinya sendiri, tetapi dengan lembut mengajak kaumnya untuk menyembah Allah
yang menciptakan mereka.
Ayat: أأتخذ من دونه آلهة
Maksudnya: “Patutkah aku mengambil selain Allah sebagai tuhan?” Pertanyaan ini bersifat
engkar dan mengecam tindakan menyembah berhala.
Ayat: إن يردن الرحمن بضر لَّ تغن عني شفاعتهم شيئا
Maksudnya: “Jika Allah hendak menimpakan keburukan kepadaku, sembahan -sembahan itu
tidak dapat memberi manfaat atau menyelamatkan aku.”
Ayat: إني إذا لفي ضلَل مبين
Maknanya: “Sesungguhnya jika aku menyembah selain Allah, aku benar -benar dalam
kesesatan yang nyata.”
Ayat pengisytiharan keimanan Habib, setelah menyampaikan dakwahnya, Habib menyatakan
imannya dengan tegas:
{إني آمنت بربكم فاسمعون}
“Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan kalian, maka dengarkanlah.”
Para ulama menafsirkan bahawa setelah Habib menyatakan keimanan dan menasihati mereka,
kaumnya bangkit melawannya dan membunuhnya dengan kejam.
Ayat: قيل ادخل الجنة
Maknanya: “Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga.” Allah memuliakan Habib
dengan syurga sebagai balasan atas keimanan dan kesabarannya.
Ayat: قال يا ليت قومي يعلمون بما غفر لي ربي وجعلني من المكرمين
Maknanya: Setelah Habib memasuki syurga dan melihat anugerah Allah, dia berharap
kaumnya mengetahui keadaan indahnya, supaya mereka juga beriman dan mendapat ganjaran
seperti dia.
Ayat ini merupakan hukuman bagi kaum yang engkar:
{ومآ أنزلنا على قومه من بعده من جند من السمآء}
Allah tidak menurunkan tentera dari langit untuk membinasakan kaumnya.
{إن كانت إلَّ صيحة واحدة فإذا هم خامدون}
Sebaliknya, “Tidak ada melainkan satu teriakan, lalu mereka pun mati.”
Para mufassir menjelaskan bahawa azab ini terjadi sebagai hukuman terhadap ke engkaran
mereka. Selepas kematian Habib, Allah memerintahkan malaikat Jibril untuk membinasakan
mereka dengan satu teriakan, menjadikan mereka seperti api yang padam.
Ayat 30: "يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ مَا يَأْتِيهِم مٍِّن رَّسُول إِلََّّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ "
Tafsir: Dalam ayat ini, Allah SWT mengekspresikan penyesalan dan kesedihan terhadap
hamba-hamba-Nya yang mendustakan para rasul. Setiap kali seorang rasul diutus kepada
mereka, mereka memperolok -olokkannya dan menolak kebenaran yang dibawanya. Perilaku
ini menunjukkan keangkuhan dan keengganan mereka untuk menerima petunjuk, yang
akhirnya membawa kepada kehancuran dan penyesalan yang mendalam. Ayat ini juga
mengingatkan kita tentang pentingnya menerima dan menghormati ajaran para rasul, serta
mengambil pelajaran dari kisah-kisah umat terdahulu yang menolak kebenaran.
Nota Tambahan.
(1) Penggunaan kalimah (قوdalam Al Quran - Seni berbicara
- قَوْلاا مَّعْرُوفاا kata-kata yang baik
﴿البقرة٥٣٢﴾، ﴿النساء: ٥﴾، ا ﴿النساء: ٨﴾، ﴿الأحزاب: ٢٣﴾
- قَوْلاا سَدِيداا perkataan yang benar
﴿النساء٩﴾، ﴿الأحزاب: ٠٧﴾
- قَوْلاا بَلِيغاا perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.﴿النساء٣٦﴾،
- قَوْلاا كَرِيماا perkataan yang mulia ﴿الإسراء٣٢﴾
- قَوْلاا مَّيْسُوراا ucapan yang pantas ﴿الإسراء٨٢﴾
- قَوْلاا عَظِيماا kata-kata yang besar ﴿الإسراء٠٤﴾
- قَوْلاا لَّيِِّناا kata-kata yang lemah lembut ﴿طه٤٤﴾
- سَلََمٌ قَوْلاا مِِّن رَّب ِّ رَّحِيم Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang
﴿يس٨٥﴾
- وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاا مِِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحاا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ Siapakah yang lebih baik
perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan
berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"﴿فصلت٣٣﴾
- إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاا ثَقِيلَا Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang
berat. ﴿المزمل٥﴾
2) Keikhlasan dalam perjuangan dakwah
وَيَا قَوْمِ لاَ أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاا إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللَّـهِ .. ﴿هود ٩٢﴾
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah)
bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah
(Hud: 29)
قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِِّنْ أَجْر فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللَّـهِ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِِّ شَيْء شَهِيدٌ ﴿سبإ : ٧٤﴾
Katakanlah: "Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku
hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".
(Saba’: 47)
إِنْ أُرِيدُ إِلاَّ الإِْصْلََحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلاَّ بِاللَّـهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ ﴿هود: ٨٨﴾
Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan.
Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.
(Hud: 88)
(3) Ucapan Habib sama keadaan seperti Ashabul Kahfi ketika menyatakan keimanan
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَْرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَ ـٰهاا لَّقَدْ قُلْنَا إِذاا شَطَطاا ﴿الكهف: ٤١﴾
Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan
kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia,
sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari
kebenaran".
(Al Kahfi: 14)
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاا مِِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحاا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿فصلت ٣٣﴾
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
menyerah diri?"
(Fussilat: 33)
Qatadah mengatakan bahwa kaum lelaki itu (Habib) merejam lelaki itu dengan batu, sedangkan
lelaki itu tiada hentinya mengucapkan doa berikut: "Ya Allah, berilah kaumku petunjuk, karena
sesungguhnya mereka tidak mengetahui, " hingga akhirnya lelaki itu terjatuh dan meninggal
dunia.
(4) Kewajipan berstiqamah sehingga saat kematian
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلََئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْ زَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
﴿فصلت: ٠٣﴾
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan
mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Fussilat: 33)
(5) Justeru, menjadi satu pengajaran bahawa penyesalan di akhirat tidak berguna lagi
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ
فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِير ﴿فاطر: ٧٣﴾
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami
akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan". Dan apakah
Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang
mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah
(azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(Fathir: 37)