Koleksi ABi
Teks Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 1 (سورة يس)
Latarbelakang surah Yaa Siin Surah Yasin adalah surah ke-36 dalam Al-Quran, terdiri daripada 83 ayat, dan tergolong dalam surah Makkiyah, iaitu surah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah Nabi Muhammad ﷺ ke Madinah. Diturunkan
Teks Tafsir dan Tadabbur Surah Yaa Sin 1 (سورة يس)
Rujukan kitab tafsir Safwatu At Tafaasir, Syeikh Ali As Sabouni dan Tafsir Pimpinan Ar -
Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an, Sheikh Abdullah Basmeih. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM)
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
يس ﴿١﴾
Yaa Siin (1)
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ ﴿ ٢﴾
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,(2)
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ ﴿ ٣﴾
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah
diutus,(3)
عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿ ٤﴾
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).(4)
تَنزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ ﴿ ٥﴾
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,(5)
لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ ﴿ ٦﴾
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah
lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.(6)
Latarbelakang surah Yaa Siin
Surah Yasin adalah surah ke-36 dalam Al-Quran, terdiri daripada 83 ayat, dan tergolong
dalam surah Makkiyah, iaitu surah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah Nabi
Muhammad ﷺ ke Madinah. Diturunkan selepas surah Al Jin. Surah Yasin diturunkan pada
period dakwah Nabi Muhammad ﷺ yang penuh dengan tentangan dan permusuhan dari kaum
Quraisy. Pada masa itu, Rasulullah ﷺ menghadapi berbagai bentuk penentangan, termasuk
ancaman fizikal dan penghinaan terhadap ajaran yang dibawanya.
Surah ini menekankan aspek -aspek akidah, termasuk keesaan Allah, kenabian,
kebangkitan selepas mati, dan hari pembalasan. Ia juga mengandungi kisah -kisah yang
memberikan pengajaran kepada umat Islam. Surah Yasin sering dibaca oleh umat Islam dalam
pelbagai kesempatan, seperti majlis tahlil, doa selamat, dan sebagai amalan harian, kerana
dipercayai memiliki keutamaan dan fadhilat tertentu.
Fadhilat surah Yaa sin
Walau pun banyak hadis-hadis tentang kelebihan surah Yaa Siin yang dikritik oleh para ulamak
hadis mempunyai status dha’if, dha’if jiddan bahkan ada yang maudhu’, namun terdapat juga
hadis-hadis dihukum hasan dan sahih oleh ulamak hadis. Antaranya:
- Membaca Surah Yasin untuk memohon keredhaan Allah:
"مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللََِّّ غُفِرَ لَهُ "
Barangsiapa yang membaca Surah Yasin pada malam hari dengan niat mencari
keredhaan Allah, dosanya akan diampuni."
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban.
- Surah Yasin sebagai jantung Al-Quran:
"إِنَّ لِكُل ِ شَيْءٍ قَلْبًا، وَقَلْبُ الْقُرْآنِ يس، وَمَنْ قَرَأَ يس كَتَبَ اللََُّّ لَهُ بِقِرَاءَتِهَا قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ عَشْرَ مَرَّاتٍ "
Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Quran adalah Surah Yasin.
Barangsiapa yang membacanya, seolah-olah dia membaca Al-Quran sepuluh kali."
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan dinilai hasan oleh sebahagian ulama.
- Membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak:
"اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس "
Bacalah Surah Yasin kepada orang yang sedang menghadapi kematian di antara
kamu."
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban.
Perlu diingat bahawa penilaian terhadap status hadis boleh berbeza antara ulama k. Namun
membaca surah Yaa Sin tetap merupakan amalan yang berpahala kerana ianya adalah satu surah
daripada Al Quran, membacanya adalah satu ibadah yang berpahala. Sebagaimana hadis
Rasululullah ﷺ :
"مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللََِّّ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لََ أَقُولُ الم حَرْفٌ، وَ لَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلََمٌ
حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ ".
Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka baginya
satu kebaikan, dan satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak
mengatakan 'Alif Lam Mim' satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu
huruf."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dalam Sunan At-Tirmidzi, hadis nombor 2910.
Imam At-Tirmidzi menilai hadis ini sebagai hasan sahih.
Tentang amalan masyarakat Islam memohon hajat setelah membaca surah Yaa Siin,
sandarannya ialah t erdapat beberapa hadis yang menganjurkan membaca Al -Quran dan
memohon hajat kepada Allah SWT melalui bacaan tersebut. Salah satunya adalah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, di mana Rasulullah ﷺ bersabda:
"مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ فَلْيَسْأَلِ اللَََّّ بِهِ، فَإِنَّهُ سَيَجِيءُ أَقْوَامٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَسْأَلُونَ بِهِ الن اسَ "
Barangsiapa membaca Al-Quran, hendaklah ia meminta kepada Allah dengannya.
Sesungguhnya akan datang suatu kaum yang membaca Al-Quran dan meminta-minta kepada
manusia dengannya."
Tafsir dan tadabbur
يس ﴿١﴾
Yaa Siin (1)
Huruf-huruf terpisah (al huruf al muqatha’ah), di awal beberapa surah adalah untuk menarik
perhatian kepada keajaiban Al-Quran, yang disusun daripada huruf -huruf yang mereka kenal
dan gunakan, namun susunannya yang indah dan menakjubkan adalah bukti bahawa ia berasal
dari Allah.
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ ﴿ ٢﴾
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,(2)
Sumpah dari Allah dengan Al -Quran; "الحكيمbermaksud yang sempurna, yang tidak
mengalami perubahan atau penggantian, serta tidak mengandungi pertentangan atau kebatilan.
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ ﴿ ٣﴾
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah
diutus,(3)
Sebagai jawapan kepada sumpah, sesungguhnya engkau, wahai Muhammad, adalah salah
seorang daripada rasul -rasul yang diutus oleh Tuhan semesta alam untuk membimbing
makhluk.
عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿ ٤﴾
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).(4)
Iaitu berada di atas jalan yang lurus dan benar, tanpa penyimpangan atau kebengkokan, iaitu
Islam, agama para rasul sebelum engkau.
تَنزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ ﴿ ٥﴾
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,(5)
Iaitu Al-Quran yang memberi petunjuk dan cahaya, diturunkan oleh Tuhan yang Maha Perkasa
dalam kerajaan-Nya, Maha Penyayang kepada makhluk-Nya.
لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ ﴿ ٦﴾
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah
lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.(6)
Iaitu agar engkau, wahai Muhammad, memberi peringatan dengan Al-Quran ini kepada kaum
Arab yang belum pernah didatangi oleh rasul atau kitab, kerana tempoh masa yang panjang
tanpa wahyu. Tujuan peringatan adalah untuk menakutkan mereka daripada azab Allah. Oleh
kerana itu, mereka lalai daripada petunjuk dan iman, terjerumus dalam kegelapan syirik dan
penyembahan berhala.
Nota tambahan
(1) Fakta huruf-huruf muqotha'at dalam Al Quran:
- 29 surah bermula dengan huruf muqotha'ah
- 3 surah dimulai dengan satu huruf ( ص/ق/ن.)
- 10 surah dimulai dengan 2 huruf:
(غافر. فصلت. الشورى. الزخرف. الدخان. الجاثية. الأحقاف. طه. النمل. يس)
- 12 surah dimulai dengan 3 huruf :
(البقرة. آل عمران. العنكبوت. الروم. لقمان. السجدة. يونس. يوسف. إبراهيم .الحجر. الشعراء. القصص.)
- 2 surah dimulai dengan 4 huruf :
(الأعراف، والرعد)
- 2 surah dimulai dengan 5 huruf:
( كهيعص) سورة مريم، سورة الشورى(حم عسق )
Kebanyakan ayat selepas huruf-huruf hija’iyyah (muqotha’at) ini ialah berkenaan dengan Al-
Qur’an.
Firman Allah SWT:
ص ۚ وَالْقُرْآنِ ذِي الذِ كْرِ ﴿ ١﴾
Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan
pengajaran.
Shaad : 1
الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan
kebenaran yang tetap teguh.
Yunus :1-2
طه ﴿١﴾ مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ
Thaa' Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan.
Taha :1-2
المر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ ۚ وَالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِ كَ الْحَقُّ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لََ يُؤْمِنُونَ ﴿ ١﴾
Alif, Laam, Miim, Raa'.
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad)
dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
Ar Ra'du: 1
المص ﴿١﴾ كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ
Alif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai
Muhammad dari Tuhanmu)...
al-A’raf :1-2