Koleksi ABi
Nota Tadabbur
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang…
Nota Tadabbur
Surah Al Hujurat 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al Hujurat : 13)
Asbab Nuzul ayat 13
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersuber dari Ibnu Abi Mulaikah bahawa selepas fathu Makkah (pembukaan kota Mekah), Bilal naik ke atas Ka’bah untuk mengumandangkan azan. Beberapa orang berkata: “Apakah patut budak hitam ini azan di atas Ka’bah ?” Maka berkatalah yang lain: “Sekiranya Allah membenci orang ini, pasti Dia akan menggantinya.” Ayat ini (al-Hujurat: 13) turun sebagai penegasan bahwa dalam Islam tidak ada diskriminasi, yang paling mulia adalah yang paling bertakwa.
Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir bahawa ayat ini (al-Hujurat: 13) turun berkenaan dengan Abu Hind yang akan dikawinkan oleh Rasulullah ﷺ kepada seorang wanita Bani Bayadlah. Bani Bayadlah berkata: “Wahai Rasulullah, layakah kalau kami mengahwinkan puteri-puteri kami kepada bekas budak-budak (hamba) kami ?” Ayat ini (al-Hujurat: 13) turun sebagai penjelasan bahawa dalam Islam tidak ada perbezaan antara bekas budak (hamba) dan orang merdeka.
Imam At Thobari rahimahullah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu –wahai manusia- adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajiban dan menjauhi maksiat. Bukanlah yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang megah atau berasal dari keturunan yang mulia.” (Tafsir At Thabari, 21:386)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Sesungguhnya kamu menjadi mulia dengan takwa dan bukan dilihat dari keturunan kamu” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 13: 169)
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata,
كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى.
“Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya.” Demikian dinukil dalam tafsir Al Baghowi. (Ma’alimut Tanzil, 7: 348)
Kata Al Alusi, ayat ini mengandungi larangan untuk saling berbangga dengan keturunan. Al Alusi rahimahulah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia dan paling tinggi darjatnya di antara kamu di sisi Allah di dunia mahu pun di akhirat adalah yang paling bertakwa. Jika kamu ingin saling berbangga, saling berbanggalah dengan takwa (kamu).” (Ruhul Ma’ani, 19: 290)
Dalam tafsir Al Bahr Al Muhith (10: 116) disebutkan, “Sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagaimana yang disebutkan dalam ayat (iaitu ada yang berasal dari non-Arab dan ada yang Arab). Hal ini bertujuan supaya kamu saling mengenal satu dan lainnya walau berbeza keturunan. Janganlah kamu mendakwa berasal dari keturunan yang lain. Jangan pula kamu berbangga dengan mulianya nasab bapak atau datuk kamu. Sesungguhnya yang paling mulia diukur dengan takwa.”
Muhammad bin ‘Ali Asy Syaukani rahimahullah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertakwa. Yang bertakwa itulah yang berhak menyandang kemuliaan, iaitu lebih mulia dari orang yang tidak memiliki sifat takwa. Dialah yang paling mulia dan tinggi kedudukannya (di sisi Allah). Jadi, dakwaan kamu dengan saling berbangga pada nasab kamu yang mulia, maka itu bukan menunjukkan kemuliaan. Hal itu tidak menunjukkan seseorang lebih mulia dan memiliki kedudukan utama (di sisi Allah).” (Fathul Qodir, 7: 20)
Dalam tafsir Al Jalalain (528) disebutkan, “Janganlah kamu saling berbangga dengan tingginya nasab kamu. Seharusnya kamu saling berbangga manakah di antara kamu yang paling bertakwa.”
Syaikh As Sa’di rahimahullah berkata, “Allah menjadikan kamu berbeza bangsa dan suku (ada yang Arab dan ada yang non Arab) supaya kamu saling mengenal dan mengetahui nasab satu dan lainnya. Namun kemuliaan diukur dari takwa. Itulah yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, yang rajin melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat. Ukuran kemuliaan (di sisi Allah) bukan dilihat dari kerabat dan kaum, bukan pula dilihat dari sisi nasab yang mulia. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal. Allah ta’ala benar-benar tahu siapa yang bertakwa secara lahir dan batin, atau yang bertakwa secara lahiriyah saja, namun tidak secara batin. Allah ta’ala pun akan membalasnya sesuai realiti yang ada.” (Taisir Al Karimir Rahman, 802)
Banyak hadis yang menyebutkan hal di atas, iaitu semulia-mulia manusia adalah yang paling bertakwa.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَىُّ النَّاسِ أَكْرَمُ قَالَ « أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ » . قَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَأَكْرَمُ النَّاسِ يُوسُفُ نَبِىُّ اللَّهِ ابْنُ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ خَلِيلِ اللَّهِ » . قَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونِى » . قَالُوا نَعَمْ . قَالَ « فَخِيَارُكُمْ فِى الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِى الإِسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوا »
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah ﷺ ditanya, “Siapakah orang yang paling mulia?” “Yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa di antara mereka”, jawab Rasulullah ﷺ . Orang tersebut berkata, “Bukan itu yang kami tanyakan”. “Manusia yang paling mulia adalah Yusuf, nabi Allah, anak dari Nabi Allah, anak dari nabi Allah, anak dari kekasih-Nya”, jawab Baginda. Orang tersebut berkata lagi, “Bukan itu yang kami tanyakan”. “Apa dari keturunan Arab?”, tanya Baginda. Mereka menjawab, “Iya betul”. Baginda bersabada, “Yang terbaik di antara kamu di masa jahiliyah adalah yang terbaik dalam Islam jika dia itu faqih (faham agama).”
(HR. Bukhari no. 4689)
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ
إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan harta kamu. Namun yang Allah lihat adalah hati dan amalan kamu.”
(HR. Muslim no. 2564)
عَنْ أَبِى ذَرٍّ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ لَهُ انْظُرْ فَإِنَّكَ لَيْسَ بِخَيْرٍ مِنْ أَحْمَرَ وَلاَ أَسْوَدَ إِلاَّ أَنْ تَفْضُلَهُ بِتَقْوَى
Dari Abu Dzar, Nabi ﷺ bersabda kepadanya, “Lihatlah, engkau tidaklah akan baik dari orang yang berkulit merah atau berkulit hitam sampai engkau mendahului mereka dengan takwa.”
(HR. Ahmad, 5: 158)
Rasulullah ﷺ bersabda:
المسلمون إخوة ، لا فضل لأحد على أحد إلا بالتقوى "
“Orang-orang Islam itu bersaudara, tiada kelebihan bagi seseorang ke atas yang lain melainkan dengan takwa.”
(HR Thabarani)
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis:
قام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر ، فقال : يا رسول الله ، أي الناس خير ؟ فقال صلى الله عليه وسلم - : خير الناس أقرؤهم ، وأتقاهم لله عز وجل ، وآمرهم بالمعروف ، وأنهاهم عن المنكر ، وأوصلهم للرحم
Seorang lelaki berdiri kepada Nabi ﷺ ketika baginda di atas mimbar, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak membaca (al-Quran), yang paling bertakwa kepada Allah SWT, yang paling banyak menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, dan yang paling menyambung silaturahim.”
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi,
سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة؟ فقال: تقوى الله وحسن الخلق
" Ditanyai Rasulullah ﷺ tentang apakah yang paling banyak memasukkan manusia ke syurga? Sabda Rasulullah ﷺ : Ketaqwaan kepada Allah dan baik akhlak ".
(HR Tirmizi, 2003)
Justeru, bukannya perjuangan bangsa dan keturunan yang wajib untuk diperjuangkan, namun yang wajib dan pasti ialah perjuangan menjunjung ketaqwaan kepada Allah ta’ala.