Koleksi ABi
Kembali Sebelum Terlambat
Setiap manusia berdosa. Tetapi tidak semua mahu kembali. Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىـ sentiasa menyeru: kembalilah kepada-Ku. Taubat adalah rahmat. Selagi nyawa belum tiba di kerongkong, dan matahari belum terbit dari barat…
Kembali Sebelum Terlambat: Jangan Putus Harap Dari Keampunan Allah
Setiap manusia berdosa. Tetapi tidak semua mahu kembali. Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىـ sentiasa menyeru: kembalilah kepada-Ku. Taubat adalah rahmat. Selagi nyawa belum tiba di kerongkong, dan matahari belum terbit dari barat, pintu itu masih terbuka. Artikel ini mengajak jiwa-jiwa yang sedang lalai agar jangan menunggu ia tertutup.
Taubat Orang Berdosa Diterima
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا الله فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا الله وَلَمْ يُصِّرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
۱۳۵ ۳ سَوْرَة آلِ عُمْرَان
"Dan orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera mengingati Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui."
Ibnu Kathir menyebut bahawa ayat ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang berdosa tetapi tidak berputus asa. Imam al-Qurtubi berkata: "Ini menunjukkan wajibnya beristighfar sejurus melakukan dosa dan tidak mengulanginya."
Syarat Taubat Diterima
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى الله لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُوَّءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيْبٍ...
"Sesungguhnya taubat yang diterima Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dengan segera... dan tidaklah taubat itu bagi orang-orang yang terus-menerus melakukan kejahatan, sehingga apabila maut datang kepada salah seorang daripada mereka, barulah dia berkata: 'Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.'"
(Surah an-Nisā’: 17-18)
Al-Imam al-Ṭabari menyebut bahawa maksud "jahalah" dalam ayat ini bukan hanya bodoh, tetapi juga orang yang terpedaya oleh hawa nafsu sehingga hilang waras imannya. Justeru taubat mesti dilakukan SEGERA, bukan ketika nazak.
Kisah Firaun: Penyesalan Yang Ditolak
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِل\uَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيْلَ وَأَنَا مِنِ الْمُسْلِمِينَ
"Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia berkata: 'Aku beriman bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku termasuk dalam kalangan orang-orang Islam.'"
(Surah Yūnus: 90–91)
Ibnu Katsir menyebut: "Iman Firaun ditolak kerana ia lahir bukan dari hati yang ikhlas, tetapi dari rasa takut mati."
Allah Menerima Taubat Selagi Nyawa Belum Di Kerongkong
إِنَّ الله يَقْبَلُ تَوْبََةَ العَبْدِ مَا لَمْ يُغْرْغِرْ
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3537)
"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke kerongkong."
Pintu Taubat Terbuka Hingga Terbit Matahari Dari Barat
إِنَّ الله يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّيْلِ لِيَتُوِبَ مُسِيِءُ النَّهَارِ...
(Riwayat Muslim, no. 2759)
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari... hingga matahari terbit dari arah barat."
Imam Hasan al-Basri berkata:
"Sesungguhnya Allah membuka pintu taubat setiap pagi dan petang. Maka jangan engkau biarkan ia tertutup tanpa engkau masukinya."
Imam Ibn al-Qayyim berkata:
"Jangan engkau lihat pada besarnya dosamu, tetapi lihatlah kepada keluasan rahmat Tuhanmu."
Justeru
Kembalilah sekarang, sebelum pintu itu ditutup.
Jangan tunggu usia tua, ajal tidak menunggu sesiapa.
Istighfar bukan hanya pada lidah, tetapi juga hati dan amal.
Jadilah orang yang sentiasa dalam taubat, bukan hanya sekali taubat.
ABi